Utusan Borneo (Sarawak)

Pengumpula­n sisa elektronik di SJK Chung Hua No.5

-

Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua No.5 akan mengadakan program pengumpula­n sisa elektronik (e-waste) di sekolah itu pada 19 Januari ini.

Program yang diadakan sempena sambutan Tahun Baharu Cina itu akan dimulakan dari jam jam 9 pagi hingga 12 tengah hari.

Objektif penganjura­n program adalah untuk mengurangk­an pembuangan sisa elektronik ke tapak pelupusan selain menawarkan kepada orang ramai cara untuk membuang sisa tersebut dengan selamat.

Sehubungan itu, orang ramai boleh membawa alat-alat komputer, aksesori, televisyen, peti sejuk dan peralatan elektrik yang lama dan usang untuk dikitar semula.

Wang yang dikumpul akan digunakan untuk menjalanka­n program khidmat masyarakat dan orang ramai juga dialualuka­n mendermaka­n pakaian lama mereka pada acara itu nanti.

Diharapkan orang ramai akan memberi sokongan sepenuhnya kepada acara ini bagi membantu pihak sekolah terbabit mencapai matlamat- nya.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi Wendy di talian 019-8182244.

 ??  ?? SERTAI KAMI: Guru Besar SJK Chung Hua No.5 Chin Mui Ling (dua kanan) dan ahli PBSM sekolah itu mengalu-alukan orang awam mendermaka­n peralatan elektrik dan pakaian lama mereka yang usang untuk dikitar semula.
SERTAI KAMI: Guru Besar SJK Chung Hua No.5 Chin Mui Ling (dua kanan) dan ahli PBSM sekolah itu mengalu-alukan orang awam mendermaka­n peralatan elektrik dan pakaian lama mereka yang usang untuk dikitar semula.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia