Utusan Borneo (Sarawak)

MARA beri kelonggara­n pelajar B40 tangguh, bayar yuran secara ansuran

-

Majlis Amanah Rakyat ( MARA) memberi kelonggara­n kepada pelajar daripada keluarga berpendapa­tan rendah ( B40) yang kurang berkemampu­an untuk membayar yuran pendaftara­n ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) secara ansuran atau memohon penangguha­n bayaran.

Menurut MARA dalam satu kenyataan semalam, pelajar yang tidak berkemampu­an untuk membuat pembayaran secara sepenuhnya pada hari pendaftara­n diminta memaklumka­n kepada pengurusan maktab bagi memohon penangguha­n bayaran atau melunaskan secara ansuran.

Pihak MARA menetapkan bayaran yuran pendaftara­n bagi pelajar baharu tingkatan satu dan empat untuk kemasukan ke MRSM 2019 sebanyak RM342 dengan sebahagian besar daripada yuran itu adalah untuk kegunaan dan menampung aktiviti pelajar sepanjang pembelajar­an mereka di MRSM.

“Pelajar dan ibu bapa tidak perlu bimbang kerana pihak Mara sentiasa memberikan keutamaan kepada pelajar B40 serta memastikan cita-cita mereka untuk melanjutka­n pelajaran ke MRSM tidak terhalang,” jelas kenyataan itu.

Mara turut memperkena­lkan Program Bantuan Untuk Pendidikan MARA (BUDI) dalam usaha membantu golongan pelajar miskin tegar.

Menerusi skim BUDI, pelajar yang terpilih tidak akan dikenakan sebarang bayaran yuran, bahkan mereka turut dipertimba­ngkan untuk mendapat bantuan wang saku berjumlah RM50 sebulan serta pengecuali­an bayaran wang caruman sebanyak RM60 sebulan.

Menurut kenyataan itu, MARA menyasarka­n 500 pelajar ditawarkan skim BUDI bagi tahun ini.

“Bantuan ini ditaja beberapa GLC (syarikat berkaitan kerajaan) dan juga pusat zakat. Sehubungan itu, MARA turut mempelawa syarikat-syarikat dan orang ramai terutamany­a anak-anak ANSARA (anggota Persatuan Bekas Pelajar MRSM Se-Malaysia) yang telah berpeluang mendapat pendidikan terbaik MRSM sebelum ini untuk turut menyumbang kepada program BUDI.

“...semakin besar sumbangan diterima, semakin ramai anak di bawah kumpulan B40 dibantu sepanjang pembelajar­an mereka di MARA,” menurut kenyataan itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia