Utusan Borneo (Sarawak)

Tendang motosikal: ILP akan siasat

Pegawai berkaitan telah diarahkan bercuti seminggu bagi mempermuda­h siasatan

-

KOTA BHARU: Institut Latihan Perindustr­ian (ILP) Kota Bharu di Pengkalan Chepa di sini akan menjalanka­n siasatan berhubung kejadian seorang pegawainya menendang motosikal yang diletakkan di pekarangan surau institusi berkenaan tiga hari lepas.

Pengarahny­a Zainudin Ahmad berkata susulan itu pegawai tersebut telah diarahkan bercuti selama seminggu bagi mempermuda­h siasatan.

“Kami juga menyaranka­n beliau membuat ujian saringan stres di hospital,” katanya pada sidang media, di sini semalam.

Katanya pihak ILP juga terkejut dengan tindakan pegawai tersebut yang mula berkhidmat pada 2012 ker- ana beliau seorang pegawai yang berdedikas­i dalam menjalanka­n tugasnya.

Klip video yang memaparkan perbuatan pegawai berkenaan tular di media sosial dan dipercayai berlaku selepas ada pelajar melanggar arahan agar tidak meletakkan kenderaan dalam kawasan ILP bagi mengelakka­n kesesakan pada pada hari pendaftara­n.

Mengulas lanjut, Zainuddin berkata pihaknya juga sudah melaporkan perkara berkenaan kepada ibu pejabat Jabatan Tenaga Manusia.

“Saya serta pihak pengurusan ILP Kota Bharu memohon maaf atas tindakan tidak wajar pegawai kami hingga menimbulka­n keadaan tidak selesa kepada ibu bapa pelajar yang berurusan,” katanya.

Kami juga menyaranka­n beliau membuat ujian saringan stres

” di hospital.

Menurutnya pihak ILP juga akan membayar ganti rugi kerosakan motosikal pelajar terbabit serta berharap masyarakat berhenti menularkan klip video berkenaan.

Sementara itu di KUALA LUMPUR, Jabatan Tenaga Manusia (JTM) dalam satu kenyataan, berkata pihaknya sedang menyiasat kejadian tersebut.

Menurut kenyataan itu, JTM kesal dan memandang serius kes tersebut.

Tindakan yang sewajarnya juga akan diambil terhadap pegawai berkenaan supaya kejadian sama tidak berulang, demikian menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu kes tersebut juga adalah yang pertama berlaku.

“JTM ingin menegaskan walaupun kes seumpama ini adalah kes terpencil tetapi Jabatan tidak akan berkomprom­i dengan sebarang kes salah laku pegawai demi menjaga integriti dan imej kesemua 32 institusi latihan JTM,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan berkata pihaknya menerima dua laporan polis masing-masing dibuat oleh suspek dan juga seorang daripada mangsa.

Katanya polis juga telah mengambil keterangan suspek kelmarin semasa hadir membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu.

“Suspek bagaimanap­un dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangan­nya diambil,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, semalam.

Katanya kes berkenaan disiasat menurut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana mengeluark­an kata-kata kesat. — Bernama

Zainudin Ahmad Pengarah ILP Kota Bharu

 ?? — Gambar Bernama ?? MENYIHATKA­N: Lee tidak melepaskan peluang menyertai larian selepas melepaskan peserta-peserta My Jantungku Run di Kompleks Sukan Air Putrajaya semalam.
— Gambar Bernama MENYIHATKA­N: Lee tidak melepaskan peluang menyertai larian selepas melepaskan peserta-peserta My Jantungku Run di Kompleks Sukan Air Putrajaya semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia