Utusan Borneo (Sarawak)

KPM sedang berusaha atasi masalah sekolah terbengkal­ai

-

Kementeria­n Pendidikan sedang berusaha menyelesai­kan isu sekolah di seluruh negara yang gagal beroperasi walaupun sudah siap dibina.

Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching berkata perbincang­an dengan pihak berkaitan termasuk Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Pihak Berkuasa Tempatan sedang dilakukan dalam mencari jalan penyelesai­an terbaik.

“Kita hendak kenal pasti apa punca kenapa mereka tidak dapat Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC).

“Macam di Kulai, ada sebuah sekolah tidak menerima CCC kerana ia dikatakan tidak mematuhi syarat ditetapkan oleh Majlis Perbandara­n Kulai (MPKu), jadi, kita kena duduk bincang dengan pihak berkenaan.

“Sama seperti di Simpang Renggam, ada sebuah sekolah, JKR yang tetapkan syarat ‘road safety assessment’ dan kontraktor itu tidak mampu buat, jadi kita perlu duduk berbincang dan cari jalan penyelesai­an,” katanya yang ditemui pemberita pada Majlis Anugerah Kualiti dan Inovasi Pendidikan Kulai 2018, di sini semalam.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sebagai mengulas mengenai laporan sebuah akhbar tempatan semalam berhubung 16 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di seluruh negara yang sudah siap dibina dua tahun lepas, tidak dapat beroperasi berikutan pelbagai masalah.

Teo yang juga Ahli Parlimen Kulai berkata setiap permasalah­an yang dialami sekolah berkenaan perlu diselesaik­an dengan pendekatan berbeza berikutan jenis permasalah­an masing-masing. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia