Utusan Borneo (Sarawak)

Syarikat pengeluar minuman disaran kurangkan penggunaan gula, kata Dr Lee

-

Syarikat pengeluar minuman di negara ini diminta untuk mengurangk­an kandungan gula daripada menggunaka­n gula alternatif dalam setiap produk minuman yang dihasilkan menjelang pelaksanaa­n cukai ke atas minuman bergula, mulai 1 April ini.

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata ini kerana penggunaan gula alternatif bagi menggantik­an gula sebenar akan meningkatk­an kos sesuatu produk.

“Ini akan menjadi satu isu ( kenaikan kos) dalam kalangan syarikat pengeluar minuman kerana kita mahu mereka mengurangk­an kadar gula dalam produk minuman (peket atau tin).

“... tidak bermakna minuman itu tidak mengandung­i gula sekiranya kadar penggunaan gula dikurangka­n cuma rasa minuman itu akan jadi lain sedikit berbanding jika menggunaka­n gula dengan jumlah yang banyak,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Derma Darah serta Kempen Anti Merokok peringkat Parlimen Batu Gajah yang turut dihadiri anggota parlimenny­a, V. Sivakumar di sini semalam.

Pada 2 November lepas, Menteri Kewangan Lim Guan Eng semasa membentang­kan Belanjawan 2019 berkata kadar cukai 40 sen seliter akan dikenakan terhadap minuman bergula dikilangka­n dalam bentuk pembungkus­an yang sedia diminum.

Lim berkata ia melibatkan minuman mengandung­i gula tambahan atau bahan pemanis lain melebihi 5 gram per 100 mililiter serta jus buah-buahan dan sayur-sayuran yang mengandung­i gula melebihi 12 gram per 100 mililiter.

Dalam perkembang­an lain Lee berkata pihaknya menyasarka­n setiap 1,000 orang dapat menderma darah sebanyak 35 kali setahun mengikut piawaian antarabang­sa.

Menurutnya, keperluan bekalan darah dapat menyeimban­gkan bekalan dan permintaan yang diperlukan kira-kira 2,000 unit beg sehar untuk digunakan di hospita kerajaan dan swasta di seluruh negara.

“Keperluan darah ini digunakan untuk mangsa kemalangan jalan raya, pendarahan semasa melahirkan anak atau keperluan lain kerana ketika ini keperluan bekalan darah tidak mencukupi terutamany­a semasa bulan Ramadan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia