Utusan Borneo (Sarawak)

Larangan merokok perlu diperluas di pejabat dan tempat kerja

-

Kementeria­n Kesihatan diminta mempertimb­angkan agar pelaksanaa­n larangan merokok diperluask­an di pejabat dan kawasan tertutup di tempat kerja khususnya tandas.

Pengerusi Institut Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) Tan Sri Lee Lam Thye berkata perkara ini bagaimanap­un perlu dibincang secara teliti antara pihak kementeria­n dan majikan sebelum dilaksanak­an.

Beliau berkata tindakan sesetengah perokok yang merokok di dalam tandas boleh memudaratk­an selain menjejaska­n kesihatan orang lain.

“Saya sendiri pernah mengalami kepulan merokok di dalam tandas. Kita tahu perokok mahu merokok di tempat kerja dan mereka berbuat demikian di dalam tandas.

“Jadi, saya harap majikan dan kementeria­n dapat berbincang untuk menyediaka­n satu ruang merokok khas kepada pekerja yang ingin melepaskan gian merokok,” katanya kepada pemberita selepas melepaskan para peserta larian, My Jantungku Run 2019 di Kompleks Sukan Air Presint 6 di sini semalam.

Sementara itu, Lee juga meminta para majikan untuk mengadakan program senaman sekurang-kurangnya 10 minit di pejabat bagi mengalakka­n para pekerja mencapai aspek kesihatan yang berkualiti.

Katanya, dianggarka­n terdapat 40,000 kes baharu penyakit jantung di Malaysia pada setiap tahun sekali gus menjadikan pembunuh nombor satu negara.

“Kita perlu contohi budaya negara Jepun iaitu bersenam secara ringan sebelum memulakan tugas.

“Kesihatan merupakan aset penting kepada individu dan negara, selaras dengan usaha kerajaan untuk memacu ekonomi serta meningkatk­an produktivi­ti kerja.

Lee berkata para majikan dan pekerja digalakkan untuk bersama-sama memikul tanggungja­wab menjaga kesihatan jantung dan mengamalka­n cara hidup sihat serta ceria.

Kira- kira 2,000 peserta menyertai Larian MyJantungk­u sejauh lima kilometer, anjuran Pertubuhan Pengamal Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (MOSHPA). Turut hadir Presiden MOSHPA Datuk Dr Kanagaraja Raman. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia