Utusan Borneo (Sarawak)

Terserah kepada Majlis Raja-Raja pilih Yang di-Pertuan Agong

Sultan Pahang kini memfokus kepada soal pemasyhura­n baginda

-

KUANTAN: Sultan Pahang Sultan Abdullah Ahmad Shah menyerahka­n kepada kebijaksan­aan Majlis RajaRaja yang akan bersidang pada 24 Jan ini untuk mengumumka­n pilihan calon yang terbaik sebagai Yang di- Pertuan Agong ke- 16 demi kebaikan negara.

Baginda bertitah demikian ketika diminta mengulas kemungkina­n baginda dilantik sebagai Yang di- Pertuan Agong ke-16 berikutan pelantikan baginda sebagai Sultan Pahang keenam berkuat kuasa kelmarin.

“Ketika ini saya tidak dapat nyatakan lagi, kalau sudah pun tercatit ke situ ke situlah saya, kita lihat surah Yasin ayat 82, baharulah kita faham apa yang saya maksudkan,” titah baginda.

Surah Yasin ayat 82: Innama amruhu idza arada syaian an yaqula lahu kun fayakun. Ertinya, Sesungguhn­ya urusannya-Nya apabila Dia menghendak­i sesuatu hanyalah berkata kepadanya, Jadilah! Maka jadilah ia.

Sultan Abdullah bagaimanap­un enggan mengulas lanjut tentang perkara itu kerana mahu memfokuska­n kepada soal pemasyhura­n baginda sebagai Sultan Pahang pada 15 Jan ini.

“Saya akan fikir apakah yang harus saya buat selepas itu,” titah baginda ketika ditemui pemberita selepas solat subuh di Masjid Imam Syafie, Kota SAS, di sini semalam.

Sementara itu, Sultan Abdullah turut berkongsi perasaan baginda sebaik mendapat maklum tentang pengumu-

Ketika ini saya tidak dapat nyatakan lagi, kalau sudah pun tercatit ke situ ke situlah saya, kita lihat surah Yasin ayat 82, baharulah kita faham apa yang saya maksudkan.”

Sultan Abdullah Ahmad Shah

Sultan Pahang

man pelantikan sebagai Sultan Pahang, yang diumumkan oleh Timbalan Pengerusi Jumaah Pangkuan Diraja Negeri, Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah kelmarin.

“Perasaan insaf dan tawaduk sebaik terima panggilan dan cadangan menjadikan saya sebagai Sultan Pahang keenam... ini sudah tentu satu perasaan berbelah, ada perasaan sedih ada perasaan syukur tanda kepercayaa­n ayahanda dan adik-beradik serta sebahagian besar rakyat Pahang.

“Ini juga satu tanggungja­wab besar saya kepada rakyat dan saya akan usahakan untuk lakukan yang terbaik untuk rakyat Pahang tidak kira bidang apa sekalipun,” titah baginda.

Baginda juga berharap dapat bekerjasam­a dengan kerajaan tidak kira kerajaan negeri mahupun kerajaan pusat untuk membela rakyat yang memerlukan bantuan.

Kelmarin baginda diumumkan sebagai Sultan Pahang yang baharu menggantik­an ayahanda baginda yang kini dilaporkan dalam keadaan gering.

Cadangan untuk melantik Sultan Abdullah, 60, dikemukaka­n pada mesyuarat Jumaah Pangkuan Diraja Pahang yang berlangsun­g di Kuala Lumpur Jumaat lalu setelah perbincang­an diadakan dalam kalangan kaum keluarga dan dipersetuj­ui sebulat suara. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TUNJUK BAKAT: Sultan Abdullah menunjukka­n bakat memasak roti canai ketika bersarapan bersama rakyat di sebuah restoran selepas menunaikan solat Subuh di Masjid Ash Shafie, Kotasas, dekat Kuantan, semalam.
— Gambar Bernama TUNJUK BAKAT: Sultan Abdullah menunjukka­n bakat memasak roti canai ketika bersarapan bersama rakyat di sebuah restoran selepas menunaikan solat Subuh di Masjid Ash Shafie, Kotasas, dekat Kuantan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia