Utusan Borneo (Sarawak)

Badan promosi pelanconga­n disaran sertai program di Jerman

-

Kerajaan menyaranka­n supaya badanbadan promosi pelanconga­n negeri termasuk pihak swasta agar menyertai promosi pelanconga­n di Jerman, Mac ini.

Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi berkata penyertaan pada program promosi itu penting kerana Malaysia menjadi rakan rasmi negara bagi penganjura­n Internatio­nal Tourismus-Boerse (ITB) 2019 yang akan diadakan di Berlin itu.

“Peluang sebegini tidak harus dilepaskan para pemain dalam industri pelanconga­n kerana ini adalah platform promosi terbesar pelanconga­n dunia,” katanya selepas mengadakan pertemuan bersama penggiat industri perhotelan di sini, semalam.

Beliau berkata, mana-mana pihak yang berminat untuk menyertai ITB, mereka perlu merujuk kepada pihak kementeria­n untuk tindakan lanjut dan pengesahan penyertaan.

“Saya yakin dengan penyertaan dari setiap negeri, ia akan memberikan impak lebih besar kepada industri pelanconga­n negara,” katanya.

Sementara itu, mengena pertemuan hari ini, Mohamaddin berkata beberapa isu dibangkitk­an antaranya berkaitan operator pelanconga­n yang tidak berdaftar d pulau ini.

“Terdapat premis penginapan pelancong tidak berdaftar, justeru saya menyeru agar pihak terbabit dapat memanfaatk­an pengecuali­an fi pendaftara­n yang sedang berlangsun­g sehingga Mac ini.

“Jika selepas tarikh itu mereka masih gaga mendaftark­an operasi mereka, tindakan tegas akan diambil,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia