MAPIM ke Lubnan, hantar bantuan kemanusiaan

Utusan Borneo (Sarawak) - - Nasional -

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) bertolak ke Lubnan jam 2.15 pagi semalam (waktu Malaysia) bagi menghantar bantuan kemanusiaan kepada mangsa pelarian Syria.

Bantuan bagi musim sejuk kali ke-10 ini meliputi bantuan keperluan asas seperti makanan, selimut, pemanas dan tempat tinggal sementara yang lebih selesa memandangkan masih ramai mangsa tinggal di dalam khemah.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAPIM, Dr Ahmad Sani Araby Al Kahery berkata pihaknya menerima laporan bahawa pelarian Syria di sekitar pergunungan Bekka di Lubnan berhadapan dengan musim sejuk yang ekstrem seperti yang pernah berlaku pada 2014.

“Laporan menyatakan ramai pelarian Syria mati kesejukan. Saban hari, anak kecil khususnya bayi berada dalam keadaan tenat kerana suhu di sana turun sehingga negatif 12.

“Oleh itu, MAPIM merasakan ini satu panggilan kecemasan dan tidak ada pilihan lain melainkan menghantar bantuan ke sana,” katanya kepada pemberita di Lapangan Ter- bang Antarabangsa Hamad, Doha sebelum meneruskan perjalanan ke Beirut, Lubnan.

Sembilan orang termasuk empat wakil media tempatan, bersama wartawan Bernama Mohd Norzaidi Arjunaidi dan Wartawan Foto (Foto Journalist) Hafzi Mohamed menyertai misi kemanusiaan kali ini.

Ahmad Sani berkata MAPIM akan berada di beberapa kawasan, khususnya di kawasan pergunungan yang terdapa pelarian Syria.

Menyatakan bahawa MAPIM masih kekurangan dana berjumlah RM2 juta sasaran bantuan kemanusiaan beliau berkata misi kali in menyalurkan dana bantuan RM200,000.

”MAPIM merayu kepada rakyat Malaysia agar terus menghulurkan bantuan menerusi www. tabungsyria.comk menyelamatkan lebih banyak nyawa,” katanya. — Bernama

— Gambar Bernama

JAWAB: Ahmad Sani (dua kiri) bercakap kepada pemberita mengenai penghantaran bantuan kemanusiaan kepada mangsa pelarian Syria di Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad dekat Doha, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.