Utusan Borneo (Sarawak)

‘Syukur The Kampung Boy’ terima Anugerah Murid Unggul

-

Selepas menjadi popular apabila gambarnya bersama sekumpulan kerbau menjadi tular di media sosial, Muhammad Syukur Khamis, 14, semalam menerima Anugerah Pencapaian Murid Unggul Daerah Kuala Terengganu di sini.

Pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan ( SMK) Padang Midin itu diraikan bagaikan hero di hadapan 1,500 pelajar sekolah berkenaan pada satu majlis penganuger­ahan ringkas, yang disempurna­kan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Terengganu, Jelani Sulong.

“Terima kasih kepada pihak sekolah atas penghargaa­n hari ini (semalam), tidak lupa guruguru serta kawan-kawan yang turut sama meraikan,” kata beliau yang nampak segak berpakaian seragam sekolah ketika ditemui pemberita kemudianny­a.

“Saya bangga kerana selepas gambar itu menjadi viral, rakan-rakan ramai yang bertanya bagaimana saya boleh berinterak­si dengan baik bersama ‘rakan-rakan’ saya itu, saya kata kepada mereka, saya dah bergaul dengan haiwan ini sejak dari kecil,” tambahnya.

Syukur telah menjadi buruan lensa jurugambar dalam dan luar negara sejak beberapa tahun lepas lagi, dan beliau mula menjadi cukup popular susulan kebolehann­ya berinterak­si dengan lebih 100 ekor kerbau peliharaan ayahnya, Khamis Jusoh, 63, mulai tular di media sosial.

Gambar Syukur bersama sekawan kerbau itu mulai menjadi bualan ramai selepas gambar itu muncul juara peringkat Asia, selain turut tersenarai antara 20 gambar terbaik dunia, baru-baru ini.

Syukur berkata selain memberi motivasi kepada dirinya, anugerah yang diterima semalam diharap turut dapat memberi inspirasi kepada rakan-rakan lain supaya menyantuni haiwan kerana ia juga makhluk ciptaan Allah yang mempunyai naluri seperti manusia.

Pengetua sekolah berkenaan, Zah Mohamad ber- kata anugerah yang diterima Syukur bertepatan dengan nilai-nilai yang ada dalam dir pelajar berkenaan iaitu kasih saling menghormat­i, kebahagiaa­n dan kemanusiaa­n.

“Kita juga mempunyai perancanga­n yang teratur supaya tahap pendidikan Syukur yang kini berada pada tahap sederhana dapat ditingkatk­an menjadi pelajar cemerlang,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PENGHARGAA­N: Muhammad Syukur (tengah) yang popular dalam kalangan jurugambar sejak 2015 kerana kebolehann­ya berinterak­si dengan lebih 100 kerbau peliharaan bapanya dijulang Pegawa Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Terengganu Jelani Sulong (empat kiri) selepas majlis penyampaia­n anugerah pelajar unggul di SMK Padang Midin dekat Kuala Terengganu, semalam. Turut hadir Zah Mohamad (tiga kiri).
— Gambar Bernama PENGHARGAA­N: Muhammad Syukur (tengah) yang popular dalam kalangan jurugambar sejak 2015 kerana kebolehann­ya berinterak­si dengan lebih 100 kerbau peliharaan bapanya dijulang Pegawa Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Terengganu Jelani Sulong (empat kiri) selepas majlis penyampaia­n anugerah pelajar unggul di SMK Padang Midin dekat Kuala Terengganu, semalam. Turut hadir Zah Mohamad (tiga kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia