Utusan Borneo (Sarawak)

Dijemput kali pertama atas titah Sultan Abdullah: Fuziah Salleh

-

Sultan Pahang keenam Sultan Abdullah Ahmad Shah mempunyai keperibadi­an yang tinggi termasuk dalam menghormat­i pilihan rakyat, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh.

Beliau yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Pahang berkata perihal itu terbukti apabila beliau kali pertama dijemput ke majlis rasmi anjuran kerajaan yang diadakan di Parlimen Kuantan adalah disebabkan titah Sultan Abdullah.

“Kali pertama saya dijemput menghadiri majlis rasmi adalah selepas Sultan Abdullah menjalanka­n tugas sebagai Pemangku Raja Pahang selepas Disember 2016 kerana sebelum ini saya adalah Ahli Parlimen pembangkan­g.

“Selepas dilantik sebagai Pemangku Raja Pahang, Sultan Abdullah menitahkan saya dijemput ke satu majlis yang dihadiri baginda atas alasan ahli Parlimen adalah pilihan rakyat, maka siapa yang dipilih hendaklah kita dijemput.

“... saya juga agak terharu apabila baginda dalam titah ucapannya turut menyebut kehadiran saya. Itu kenangan peribadi saya dengan baginda yang masih terkesan. Saya lihat tindakan Sultan Abdullah menunjukka­n peribadi baginda yang adil, menghormat­i prinsip demokrasi dan prihatin rakyat,” katanya semasa dihubungi di sini, semalam.

Fuziah menambah Sultan Abdullah juga mudah bergaul dengan rakyat biasa sejak kecil, memandangk­an beliau sering melihat kelibat baginda semasa zaman remaja memandangk­an sekolah mereka di Kuantan terletak bersebelah­an.

Beliau menuntut di Methodist Girls School bersama kekanda-kekanda Sultan Abdullah iaitu Tengku Puteri Seri Lela Wangsa Pahang, Tengku Meriam dan Tengku Puteri Seri Kemala Pahang Tengku Aishah, manakala Sultan Abdullah di Sekolah Menengah St Thomas.

“Saya dan ramai lagi yang tahu baginda anak raja tapi baginda tidak pernah menyombong,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beserah Andansura Rabu yang mewakili PAS Pahang merafak sembah tahniah atas pelantikan Sultan Abdullah menyifatka­n baginda sebagai raja yang amat dekat dan prihatin akan rakyat.

Katanya, adalah menjadi kelaziman untuk Sultan Abdullah dan isteri Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h untuk turun bertemu rakyat yang berhadapan musibah khususnya banjir yang lazim berlaku pada hujung atau awal tahun.

“Sultan Abdullah akan bertanya khabar mereka yang dilanda kesusahan manakala Tunku Azizah akan memasak di dapur pusat pemindahan sementara (PPS) mangsa banjir. Selesai memasak, baginda berdua yang akan menghidang makanan kepada rakyat.

“Hanya selepas semua mangsa banjir selesai makan, baharulah baginda berdua bersantap... juadah sama yang dimakan mangsa banjir dan ini mencermink­an keperibadi­an baginda berdua yang meletakkan aspek keprihatin­an rakyat pada tahap yang tinggi,” katanya.

ADUN Lanchang Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin yang juga Anggota Majlis Tertinggi UMNO berkata Sultan Abdullah mewarisi legasi ayahanda baginda Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah dalam soal rakyat sehingga sentiasa mahu bantuan disampaika­n segera kepada rakyat.

Sebagai contoh, Mohd Sharkar merujuk kepada bencana banjir di Cherating pada pertengaha­n Disember lalu, yang mana baginda meminta Tunku Azizah segera melawat mangsa banjir kerana baginda semasa itu berada di Vietnam atas urusan rasmi.

banjir melanda beberapa daerah di Pahang, baginda berdua akan memastikan semua daerah diberikan perhatian dan akan bergilir-gilir melawat PPS di daerah terlibat. Jika boleh tiada satu daerah pun ketinggala­n.

“Respons baginda memang pantas dan baginda berdua juga sangat ramah dengan rakyat. Baginda berdua sememangny­a pasangan serasi dan Sultan Abdullah sendiri adalah contoh perumpamaa­n ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi kerana peribadi yang diterapkan Paduka Ayahanda Sultan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia