Utusan Borneo (Sarawak)

Pembantu antidadah dipenjara bersubahat buat tuntutan palsu

-

J O H O R B A H R U : Mahkamah Sesyen di sini semalam menjatuhi hukuman penjara empat tahun dan denda RM55,000 ke atas seorang pembantu antidadah, Agensi Anti Dadah Kebangsaan ( AADK) kerana bersalah terhadap empat pertuduhan bersubahat dengan seorang ahli perniagaan untuk membuat tuntutan palsu berjumlah RM8,000, empat tahun lalu.

Hakim Kamarudin Kamsun turut memerintah­kan tertuduh, Mohd Fatyhah Putera Hamzah, 38, menjalani hukuman penjara tambahan 24 bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Hukuman diarahkan berkuat kuasa serta- merta, mulai semalam.

Mengikut keempat-empat kertas pertuduhan, tertuduh didakwa bersubahat dengan pemilik syarikat latihan dan percetakan AK Maju Resources Noor Azam Khalid, 38, untuk mengeluark­an invois tuntutan palsu bernilai antara RM1,000 dan RM5,000 bagi empat program AADK, sedangkan program tidak dilaksanak­an.

Program tersebut masing- masing adalah Program Keluarga Prihatin ‘ Ambil Kisah Ambil Tindakan’, Program Riadah Badminton 2015 Skuad 1 Malaysia, Program Keluarga Sukses, Matang, Aktif, Rasional dan Tanggungja­wab ( SMART) Siri 1/ 2015 serta Program Mahabah 2015.

Semua kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat AADK Segamat dan Dewan Serbaguna Jementah, antara 21 Februari 2015 dan 10 Mac 2015.

Mohd Fatyhah Putera didakwa mengikut Seksyen 28( 1)( C) Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah (SPRM) 2009 yang memperuntu­kkan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi 20 tahun; dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah suapan atau RM10 ribu ringgit, mana yang lebih tinggi.

Di kamar mahkamah sama, Noor Azam pula mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan bersuhabat tersebut.

Berikutan itu, hakim membenarka­n Noor Azam yang diwakili peguam Rosli Kamaruddin agar diikat jamin RM10,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin dan menetapkan 13 Feb depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pendakwaan kes dikendalik­an Pegawai Pendakwa Raya SPRM, Norsyarina Kaizan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERSUBAHAT: Mohd Fatyhah (kiri) dijatuhi hukuman penjara di Johor Bahru, semalam.
— Gambar Bernama BERSUBAHAT: Mohd Fatyhah (kiri) dijatuhi hukuman penjara di Johor Bahru, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia