Utusan Borneo (Sarawak)

Polis dan pihak berkuasa China adakan mesyuarat kesan Jho Low

-

Polis Diraja Malaysia telah mengadakan mesyuarat dengan pihak berkuasa China bagi mengesan ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Tanpa memberikan butiran mesyuarat itu diadakan, Mohamad Fuzi berkata buat masa ini, Jho Low masih belum ditemui dan usaha mengesan- nya masih dilakukan.

“Pihak polis juga berhubung dengan Interpol dan statusnya masih sama,” katanya selepas Mesyuarat Peringkat Tertinggi Jabatan Kastam Diraja Malaysia ( JKDM) dan Polis Diraja Malaysia ( PDRM) di sini, semalam.

Pada Khamis lepas (10 Jan), Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata ker- ajaan akan tetap meneruskan usaha mencari ahli perniagaan terbabit walaupun sukar.

Jho Low, yang dikenal past oleh penyiasat Malaysia dan Amerika Syarikat sebaga watak utama dalam skanda berbilion dolar 1Malaysia Developmen­t Bhd (1MDB) dipercayai melarikan dir daripada ditahan di Hong Kong ke pulau berdekatan dengan Macau. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia