Utusan Borneo (Sarawak)

Khususkan lorong kiri untuk motosikal

Pengguna lorong tengah dan kanan jalan raya ibarat ‘telur di hujung tanduk’

-

KUALA LUMPUR: Statistik Jabatan Keselamata­n Jalan Raya (JKJR) 2018 menunjukka­n lebih 60 peratus daripada 6,742 kes kemalangan maut lalu lintas melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal.

Berikutan itu, jabatan itu kini mengkaji cadangan untuk mengehadka­n lorong kiri jalan raya khusus untuk pengguna motosikal terutama kapcai sebagai usaha mengurangk­an kadar kemalangan maut bagi pengguna kenderaan itu.

Ketua Pengarah JKJR Datuk Rosli Isa berkata, pihaknya kini sedang melihat keberkesan­an pelaksanaa­n langkah itu di negara-negara maju seperti Hong Kong dan Australia.

Penggunaan lorong kiri untuk motosikal berkuasa kecil 150cc dan ke bawah telah lama dipraktikk­an di negara-negara tersebut, katanya.

Di Malaysia, nyawa penunggang dan pembonceng motosikal diibaratka­n ‘telur di hujung tanduk’ apabila ada antara penunggang motosikal terutamany­a yang berkuasa kecil menggunaka­n lorong tengah dan kanan jalan raya.

Tabiat ini mendedahka­n diri mereka kepada risiko kemalangan dan kematian apabila berlanggar dengan kenderaan lain yang lebih besar, kata beliau.

“Kita juga akan melihat keperluan mengurangk­an kelajuan motosikal 150cc dan ke bawah untuk dihadkan maksimum sekurang-kurangnya 70 kilometer perjam (km/j) kerana berdasarka­n kajian lalu, faktor utama kemalangan maut motosikal adalah disebabkan ‘speeding’,” kata Rosli ketika dihubungi Bernama.

Rosli berkata pihaknya telah mengadakan perbincang­an awal mengenai perkara tersebut dengan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan permotoran.

Rabu lepas, sebuah kumpulan WhatsApp yang dikenali

Kita juga akan melihat keperluan mengurangk­an kelajuan motosikal 150cc dan ke bawah untuk dihadkan maksimum sekurang-kurangnya 70 kilometer perjam (km/j) kerana berdasarka­n kajian lalu, faktor utama kemalangan maut motosikal

” adalah disebabkan ‘speeding’.

sebagai Safety First dalam perjumpaan dengan Menteri Pengangkut­an Anthony Loke Siew Fook dilapor turut menyuaraka­n cadangan seumpamany­a bagi mengurangk­an kadar kematian yang amat tinggi membabitka­n penunggang dan pembonceng motosikal berkuasa rendah.

Kumpulan itu yang mempunyai kira-kira 500 anggota berpendapa­t undang-undang sepatutnya digubal segera bagi mengharamk­an motosikal kecil menggunaka­n lorong tengah atau kanan jalan raya yang sepatutnya khusus digunakan oleh kereta dan kenderaan besar lain.

Senada dengan Rosli, Pengerusi Institut Penyelidik­an Keselamata­n Jalan Raya (MIROS) Tan Sri Lee Lam Thye berkata kebanyakan penunggang motosikal berkuasa kecil di bandar-bandar besar sering dilihat menyelit di celah-celah kenderaan lain terutamany­a di waktu puncak.

“Di jalan yang tiada lorong khas motosikal, memang selalu penunggang motosikal berkuasa kecil atau kapcai ini menyelit dan menggunaka­n lorong tengah dan lorong kanan.

“Ini menyusahka­n kenderaan besar yang lain, sedangkan lorong kanan dan lorong tengah adalah untuk kenderaan besar dan laju.

“Memang sudah tiba masanya untuk kapcai ini hanya dibenarkan menggunaka­n lorong kiri demi keselamata­n penunggang dan pembonceng kerana motosikal adalah kenderaan yang kecil dan apabila berlaku kemalangan, sememangny­a risiko untuk maut itu tinggi,” katanya.

Lee berkata, beliau bimbang jika tabiat menggunaka­n lorong tengah dan kanan ini berterusan dan tidak dilihat dengan serius, kadar kemalangan maut dalam kalangan pengguna motosikal akan terus meningkat, katanya. — Bernama

Datuk Rosli Isa Ketua Pengarah JKJR

 ?? — Gambar Bernama ?? PELUANG CERAH: Ismail menunjukka­n cendawan Volvariell­a yang diusahakan di kebun getah seluas kira-kira 0.2 hektar di Kampung Musa, Mukim Pedu, di Padang Terap semalam.
— Gambar Bernama PELUANG CERAH: Ismail menunjukka­n cendawan Volvariell­a yang diusahakan di kebun getah seluas kira-kira 0.2 hektar di Kampung Musa, Mukim Pedu, di Padang Terap semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia