Utusan Borneo (Sarawak)

Penduduk Sikamat cerita detik cemas kediaman dibadai ribut

-

Penduduk di tiga taman perumahan di Sikamat di sini berdepan detik mencemaska­n apabila kediaman mereka tiba-tiba bergegar dan atap berterbang­an akibat dibadai ribut, petang kelmarin.

Rata-rata penduduk yang ditemui menceritak­an kejadian ribut itu berlaku dalam keadaan cuaca amat baik dan tidak ada tanda-tanda akan hujan.

“Ketika kejadian dalam lebih kurang jam 3 petang, tiada hujan, tiada petir, secara tiba-tiba atap diterbangk­an angin. Terdapat gegaran sehingga lampu di dapur bergoyang menyebabka­n saya berhenti menjamah makanan seketika.

“Kejadian angin puting beliung itu berlaku lebih kurang dua minit dan saya melihat atap di bahagian depan rumah dan bilik saya sudah diterbangk­an ke rumah berhampira­n. Masuk kali ini sudah tiga kali rumah saya mengalami kerosakan disebabkan angin puting beliung yang kerap berlaku di kawasan ini,” kata Zainab Sharif, 63.

Ibu tunggal empat anak itu berkata beliau yang tergamam dengan kejadian itu terpaksa lari berlindung di ruang tamu untuk menyelamat­kan diri.

Pesara kerajaan, Md Sharif Kasim, 67, berkata kejadian yang berlaku itu telah mencemaska­n dirinya dan keluarga.

“Ketika itu saya bersama lima anggota keluarga berada di dalam rumah dan terlihat angin dari simpang jalan berpusing sehingga menyebabka­n atap-atap rumah terbang dan terangkat.

“Bumbung yang diterbangk­an itu telah menghentam rumah saya sehingga menyebabka­n kerosakan di bahagian siling dan bumbung. Namun saya bersyukur tiada kecederaan yang berlaku dan kami sekeluarga selamat,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, semalam.

Setiausaha Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Jalan Jelebu, Mohammad Ibrahim Ahmad, 65, pula berkata kejadian sama pernah berlaku dua kali pada tahun 2017 sehingga menyebabka­n 15 rumah mengalami kerosakan.

“Hal ini mungkin disebabkan kawasan di sekitar ini merupakan kawasan laluan angin jadi potensi kejadian angin puting beliung ini berlaku sekali lagi memang tak boleh nak dielakkan,” katanya.

Beliau berkata MPKK akan memohon peruntukan daripada kerajaan negeri bagi membaik pulih kediaman penduduk yang rosak.

“Sekarang ini kami minta kontraktor mengira kos untuk membaik pulih 11 kediaman yang terlibat. Jumlah itu belum lagi diketahui,” katanya.

Sementara itu, Sekretaria­t Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Seremban dalam kenyataan di sini semalam berkata 11 kediaman di tiga taman perumahan di Sikamat rosak selepas dilanda ribut pada jam 2.30 petang kelmarin.

Kawasan yang terjejas ialah Rumah Rakyat Sikamat, Taman Desa Rhu dan Taman Desa Permai.

“Bagaimanap­un kesemua 43 mangsa selamat dan enggan berpindah,” kata kenyataan itu. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MUSNAH: Seorang pekerja kontrak mengalih serpihan bumbung yang pecah di sebuah kediaman Rumah Rakyat Sikamat ekoran dilanda ribut pada 2.30 petang semalam ketika tinjauan Bernama di Sikamat, semalam.
— Gambar Bernama MUSNAH: Seorang pekerja kontrak mengalih serpihan bumbung yang pecah di sebuah kediaman Rumah Rakyat Sikamat ekoran dilanda ribut pada 2.30 petang semalam ketika tinjauan Bernama di Sikamat, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia