Utusan Borneo (Sarawak)

Kes ‘Macau Scam’ di Johor meningkat dua kali ganda

-

Kegiatan ‘Macau Scam’ di Johor mengakibat­kan kerugian berjumlah RM24.28 juta tahun lepas, meningkat dua kali ganda berbanding 2017 yang merekodkan kerugian sekitar RM12.07 juta.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata 515 kes Macau Scam dicatatkan tahun lepas berbanding 416 kes pada tahun sebelumnya iaitu peningkata­n sebanyak 99 kes.

Beliau berkata tahap kesedaran masyarakat mengenai jenayah penipuan melibatkan kewangan seperti Macau Scam dilihat masih rendah berikutan terdapat peningkata­n kes dengan jumlah kerugian keseluruha­n mencecah puluhan juta ringgit.

“Seperti dalam sesi Town Hall yang dianjurkan Polis Johor ini, topik Macau Scam dilihat masih menjadi antara isu utama. Meskipun hebahan telah dibuat oleh polis termasuk paparan di surat khabar dan televisyen, namun kita dapati makluman ini, ada yang tidak sampai kepada segelintir masyarakat.

“Mangsa yang diperdaya bukan hanya membabitka­n golongan berpendidi­kan rendah, malah meliputi kumpulan berpendidi­kan tinggi,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Town Hall Discussion Polis Diraja Malaysia (PDRM) Johor peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak dan IPD Muar di Bukit Gambir di sini, semalam.

Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Kamarudin Md Din; Ketua Polis Daerah Muar, ACP Zaharudin Rasip dan Ketua Polis Daerah Tangkak, Supt Mohad Idris Samsuri.

Mohd Khalil berkata, berdasarka­n laporan yang diterima, rata- rata mangsa masih keliru dan takut apabila menerima panggilan telefon daripada individu yang menyamar sebagai pegawai dar agensi kerajaan atau PDRM walhal sebarang makluman mengenai bayaran atau saman tidak dilakukan dengan cara berkenaan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia