Utusan Borneo (Sarawak)

Lantik ahli parlimen wanita tanpa pilihan raya: Wanita PKR

Kaedah itu diamalkan antaranya di Jerman dan negara-negara Afrika

-

KUALA LUMPUR: Wanita PKR akan mengusulka­n kepada kerajaan agar wanita dilantik ke parlimen tanpa melalui pilihan raya dalam usaha mencapai sasaran 30 peratus perwakilan kaum Hawa di Dewan Rakyat.

Ketuanya Haniza Mohd Talha berkata, pihaknya sedang mengatur pertemuan dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad serta Timbalanny­a Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagi tujuan itu.

“Kita mahu kemukakan pandangan kita tentang bagaimana kerajaan boleh memainkan peranan meningkatk­an suara wanita dalam kerajaan dan parlimen. Ini termasuk usul ‘ non- constituen­cy seats’ iaitu Dewan Rakyat sebenarnya boleh melantik pemimpin wanita untuk berada di parlimen tanpa melalui pilihan raya,”

Satu jawatankua­sa bertindak khas bagi mengaudit dasar ini akan dibentuk untuk melihat pencapaian sama ada sudah

” dipenuhi atau masih jauh dari sasaran.

katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Wanita PKR Zon Tengah, di sini semalam.

Menurutnya kaedah itu diamalkan di luar negara antaranya Jerman dan negaranega­ra Afrika.

Haniza yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Lembah Jaya, berkata Wanita PKR menjadikan matlamat 30 peratus wanita dalam kerajaan dan politik sebagai antara fokus sayap selepas pemilihan anggota jawatankua­sa bagi penggal 2018- 2021 selesai November lalu.

Selain itu katanya, beliau juga akan mengeluark­an surat memohon semua pengerusi Majlis Pimpinan Negeri membuat pelantikan wanita dalam jawatan parti negeri masing-masing.

“Satu jawatankua­sa bertindak khas bagi mengaudit dasar ini akan dibentuk untuk melihat pencapaian sama ada sudah dipenuhi atau masih jauh dari sasaran,” katanya, menambah Wanita PKR juga akan mengadakan pertemuan dengan menter berkaitan bagi membantu agenda wanita termasuk dar segi ekonomi.

Sementara itu, Haniza berkata konvensyen pertama kal selepas pemilihan PKR 2018 bertujuan memperkena­lkan barisan kepimpinan baharu yang dilantik dan merapatkan saf di antara kepimpinan nasional dan negeri.

Konvensyen dilakukan mengikut enam zon dengan yang seterusnya akan dijalankan di zon utara melibatkan Wanita PKR Perak Kedah dan Pulau Pinang dalam masa terdekat.

Satu kempen ‘ Membantera­s Keganasan Terhadap Wanita’ turut dilancarka­n pada konvensyen yang dihadiri kira-kira 500 anggota Jawatankua­sa Wanita PKR Selangor dan Wilayah Persekutua­n itu. — Bernama

Haniza Mohd Talha Ketua Wanita PKR

 ?? — Gambar Bernama ?? BERUCAP: Zuraida menyampaik­an amanat ketika Majlis Konvensyen Wanita Keadilan 2019 Negeri Selangor dan Wilayah Persekutua­n di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya di Petaling Jaya, semalam. Turut hadir Ketua Wanita Malaysia PKR Haniza Talha (dua kiri), Ketua Wanita Selangor PKR Dr Daroyah Alwi (kanan) dan Ketua Wanita Wilayah Persekutua­n PKR Idawate Pariman.
— Gambar Bernama BERUCAP: Zuraida menyampaik­an amanat ketika Majlis Konvensyen Wanita Keadilan 2019 Negeri Selangor dan Wilayah Persekutua­n di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya di Petaling Jaya, semalam. Turut hadir Ketua Wanita Malaysia PKR Haniza Talha (dua kiri), Ketua Wanita Selangor PKR Dr Daroyah Alwi (kanan) dan Ketua Wanita Wilayah Persekutua­n PKR Idawate Pariman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia