Utusan Borneo (Sarawak)

Zuraida cadang kuota 30 peratus kerusi pilihan raya untuk wanita

-

Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin mencadangk­an perubahan sistem pilihan raya negara antaranya mewujudkan kuota 30 peratus kerusi diperuntuk­kan kepada calon wanita.

Zuraida yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata cadangan tersebut termasuk dalam reformasi pilihan raya yang dicadangka­n oleh Wanita PKR.

“Antara agenda Wanita ialah memperjuan­gkan ‘reformasi pilihan raya’ yang mana mengambil kira ‘sistem perwakilan setimpal’, antaranya mempe- runtukkan minimum 30 peratus kerusi wanita sahaja untuk bertanding dalam pilihan raya.

“Saya dah minta Haniza (Haniza Mohd Talha) perjuangka­n dalam penggal kali ini, saya harap cadangan usul itu dibawa ke tengah dan kepada SPR ( Suruhanjay­a Pilihan Raya) untuk dipinda sistem pilihan raya yang ada,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutupan Konvensyen Wanita PKR Zon Tengah di sini semalam.

Terdahulu Ketua Wanita PKR, Haniza Mohd Talha berkata sayap itu akan mengemukak­an satu lagi cadangan iaitu ‘kerusi tanpa kawasan pilihan raya’ yang membolehka­n ahli parlimen wanita dilantik tanpa melalui pilihan raya.

Reformasi sedemikian bagi membolehka­n lebih ramai ahli parlimen wanita dilantik dan mencapai sasaran 30 peratus golongan itu terlibat dalam politik.

Zuraida berkata setakat ini sejak Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 pada 9 Mei lepas, peratusan ahli parlimen wanita adalah pada kadar 13 peratus berbanding 10 peratus pada zaman kerajaan terdahulu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia