Utusan Borneo (Sarawak)

Anak Raja Petra keluar parti GERAKAN

-

Anak penulis blog kontrovers­i Raja Petra Raja Kamaruddin, Raja Sara semalam mengesahka­n telah keluar daripada parti GERAKAN sekali gus melepaskan semua jawatannya dalam parti termasuk sebagai Timbalan Ketua Wanita GERAKAN.

“Betul, saya sudah meletak jawatan pada Jumaat lepas,” katanya kepada Bernama menerusi aplikasi WhatsApp di sini.

Surat peletakan jawatannya dikongsi Raja Petra menerusi laman sosial Twitter Jumaat lalu.

Raja Sara, 30, yang menyertai GERAKAN pada 2017, merupakan satu- satunya calon wanita yang bertanding bagi jawatan naib presiden pada pemilihan parti, November lalu.

Beliau juga satu- satunya wanita Melayu dalam Jawatankua­sa Wanita GERAKAN Kebangsaan bagi pengga 2018-2021.

Sementara itu, Presiden GERAKAN Datuk Dr Dominic Lau berkata pihaknya sudah menerima surat peletakan jawatan Raja Sara pada Jumaat lepas.

“Raja Sara tidak menyatakan sebab apa beliau meletakkan jawatan, tap kami menerima dan menghormat­i keputusan beliau,” katanya.

Beliau berkata pihaknya akan mengadakan satu mesyuarat jawatankua­sa pusat pada minggu depan di Pulau Pinang bagi memilih individu yang layak untuk mengis kekosongan jawatan itu.

“Kami akan menyerahka­n keputusan kepada Jawatankua­sa Wanita GERAKAN Kebangsaan untuk memilih sendiri calon yang dirasakan layak mengisi kekosongan jawatan itu,” katanya — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia