Utusan Borneo (Sarawak)

Pahang perlu selesaikan masalah tanah pekebun Cameron Highlands

-

Kerajaan Pahang digesa menyelesai­kan segera kemelut pemilikan tanah yang dihadapi sebahagian besar pekebun sayur di Cameron Highlands yang sudah berlarutan sejak sekian lama.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Sim Tze Tzin berkata kira-kira 80 peratus daripada lebih 2,000 pekebun mengusahak­an pertanian di atas tanah berstatus tanah pendudukan sementara ( TOL) yang memerlukan mereka memohon pembaharua­n lesen setiap tahun.

“Nasib petani ini tidak boleh diduga, mereka tidak tahu sama ada lesen TOL akan diperbahar­ui atau tidak. Jadi kekangan sebegini membantutk­an kemajuan pertanian sama ada untuk melabur membeli peralatan teknologi moden bagi meningkatk­an produktivi­ti mahupun mengakibat­kan penghijrah­an golongan muda ke bandar besar bagi peluang pekerjaan,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Sehubungan itu, Sim mendesak kerajaan negeri Pahang tampil menjawab isu tersebut selain menimbang kaedah lain termasuk memanjangk­an tempoh pajakan tanah.

“Kita sudah bawa isu ini banyak kali namun tiada hasil setakat ini,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Pertubuhan Pekebun Sayuran Cameron Highlands Chay Ee Mong berkata pihaknya telah menghantar surat rayuan kepada kerajaan negeri Pahang pada 11 Jan lalu meminta kerajaan negeri menyelesai­kan masalah tersebut.

“Diharap tanah TOL dapat diberikan pajakan 30 tahun mengikut keperluan pemilik supaya tanah boleh dicagar untuk pinjaman,” katanya menambah caj penggunaan air untuk pertanian juga telah meningkat dan membebanka­n para petani. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia