Utusan Borneo (Sarawak)

Henti politik ugutan dan paksaan: Syed Saddiq

-

Budaya politik berlandask­an ugutan dan paksaan perlu dihentikan seiring dengan prinsip Malaysia baharu, kata Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

“Saya melahirkan kebimbanga­n bahawa politik paksaan dan ancaman harus berakhir. Ini adalah Malaysia baharu. Saya fikir ia (politik paksaan dan ancaman) telah berakhir,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas program ‘Wheel Walk Fun Run’ sempena sambutan Hari OKU (Orang Kurang Upaya) peringkat Kebangsaan 2018 serta program Tambah Emas yang dilancarka­n Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, di sini.

Syed Saddiq diminta mengulas kenyataan Ahli Dewan Negara Senator Bob Manolan Mohamad yang didakwa mengugut para Tok Batin bahawa mereka tidak akan dibayar gaji sekiranya enggan menyokong kerajaan persekutua­n.

Beliau juga sependapat dengan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Kewangan Lim Guan Eng bahawa pembayaran gaji kepada Tok Batin akan tetap diteruskan walaupun mereka (Tok Batin) tidak menyokong kerajaan persekutua­n.

Sementara itu, Syed Saddiq turut berkata Kementeria­n Dalam Negeri akan menjawab pertanyaan Kementeria­n Sukan Sarawak berhubung keputusan kerajaan melarang kemasukan atlet Israel pada Kejohanan Renang Para Dunia 2019 di Kuching Sarawak.

“Perkara ini telah dibincangk­an pada jemaah menter dan pendirian kabinet jelas seperti disuarakan PM (Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad) untuk tidak terima penyertaan Israel.

“Surat rasmi untuk menjawab pertanyaan Kementeria­n Sukan di Sarawak akan dijawab oleh KDN dan seterusnya kita (pihak KBS) akan maklumkan kepada pihak Jawatankua­sa Paralimpik Antarabang­sa (IPC),” tambahnya.

Khamis lepas, Dr Mahathir berkata kerajaan tetap dengan keputusan tidak membenarka­n penyertaan atlet Israe bertanding pada kejohanan itu yang akan diadakan pada 29 Julai hingga 4 Ogos depan — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? RAMAH MESRA: Dr Wan Azizah beramah mesra bersama atlet paralimpik semasa hadir bagi merasmikan ‘Wheel Walk Fun Run’ sempena Hari Orang Kurang Upaya Sedunia Peringkat Kebangsaan di Kuala Lumpur, semalam. Turut kelihatan (kiri).
— Gambar Bernama RAMAH MESRA: Dr Wan Azizah beramah mesra bersama atlet paralimpik semasa hadir bagi merasmikan ‘Wheel Walk Fun Run’ sempena Hari Orang Kurang Upaya Sedunia Peringkat Kebangsaan di Kuala Lumpur, semalam. Turut kelihatan (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia