Utusan Borneo (Sarawak)

Timbalan Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya dilantik pemangku Pengerusi PKR Pulau Pinang

-

Timbalan Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya Muhammad Bakhtiar Wan Chik dilantik sebagai pemangku Pengerusi PKR Pulau Pinang menggantik­an Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar yang mengumumka­n peletakan jawatannya Disember lepas.

Pelantikan Muhammad Ba- khtiar yang juga Ahli Parlimen Balik Pulau itu dibuat dalam mesyuarat tertutup Majlis Pimpinan Negeri ( MPN) Keadilan Pulau Pinang yang dipengerus­ikan oleh Nurul Izzah di Yayasan Aman, di sini semalam.

MPN Keadilan Pulau Pinang dalam kenyataan turut mengumumka­n pelantikan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang juga Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin sebagai Timbalan Pengerusi PKR negeri.

“Susulan keputusan Yang Berhormat (YB) Nurul Izzah untuk mengundur diri menerusi ‘leave of absence’, mesyuarat memutuskan untuk melantik YB Muhammad Bakhtiar sebagai pemangku pengerusi disertai YB Sim Tze Tzin selaku timbalan pengerusi MPN,” menurut kenyataan itu.

Jawatan naib pengerusi MPN pula disandang Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman manakala jawatan setiausaha dan bendahari PKR negeri masing-masing kekal disan- dang oleh Zulkifli Saad dan Francis Joseph.

“MPN Keadilan Pulau Pinang komited memulakan gerakan memacu pasukan MPN baharu yang stabil, dinamik dan komited kepada agenda reformasi demi menzahirka­n kebajikan yang bermakna buat rakyat Pulau Pinang,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Nurul Izzah ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat yang berlangsun­g hampir dua jam itu enggan mengulas lanjut dan memberitah­u pihaknya akan mengeluark­an kenyataan media.

Pada 17 Dis lepas, Nurul Izzah mengumumka­n peletakan jawatannya sebagai Naib Presiden PKR selain melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi PKR Pulau Pinang yang dilantik.

Nurul Izzah, yang digelar sebagai ‘ Puteri Reformasi sejak permulaan era gerakan ‘ Reformasi’ bagaimanap­un berkata beliau akan keka sebagai anggota biasa PKR dan Ahli Parlimen Permatang Pauh sehingga tamat penggal — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia