Utusan Borneo (Sarawak)

Jaringan Salah berikan Liverpool kelebihan tujuh mata

Harapan Arsenal tamatkan musim dalam kelompok empat pasukan teratas terjejas apabila tewas 0-1 kepada West Ham kelmarin

-

LONDON: Tendangan penalti Mohamed Salah pada separuh masa kedua memberikan kelebihan tujuh mata kepada Liverpool di tempat teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) ekoran kemenangan 1- 0 ke atas Brighton di tempat lawan, manakala harapan Arsenal untuk menamatkan musim dalam kelompok empat pasukan teratas menerima satu lagi tamparan apabila mereka dikalahkan oleh West Ham kelmarin.

Chelsea sekarang mendahului pasukan The Gunners sebanyak enam mata dalam pertanding­an untuk layak ke Liga Juara-Juara selepas mereka menewaskan Newcastle 2-1.

Pengurus Liverpool Jurgen Klopp mengakui ia “bukan opera” untuk melihat pasukannya bergelut bagi mencipta peluang di pantai selatan dalam perlawanan tanpa banyak insiden di depan gawang selain gol Salah yang ke-17 pada musim ini selepas pemain Mesir itu dijatuhkan oleh Pascal Gross lima minit setelah babak kedua bermula.

“Kami bukan pasukan Harlem Globetrott­ers, kami perlu memperoleh­i kejayaan,” kata Klopp, selepas pasukannya kembali ke landasan kemenangan ekoran kekalahan pertama dalam EPL pada musim ini kepada Manchester City dan penyingkir­an dari Piala FA oleh Wolves.

“Untuk itu, kami perlu berubah. Permainan adalah bagus. Ia bukan persembaha­n terbaik pada musim ini dalam beberapa bahagian tetapi saya akan menyatakan ia adalah permainan paling matang pada musim ini.”

City dapat mengurangk­an jurang kepada empat mata dengan kemenangan ke atas Wolves pada Isnin (malam ini waktu Malaysia), manakala

Kami bukan pasukan Harlem Globetrott­ers, kami perlu memperoleh­i kejayaan.”

Jurgen Klopp

Pengurus Liverpool

Tottenham dapat merapatkan jurang kepada enam mata jika mereka memintas juara bertahan dengan kemenangan ke atas Manchester United (MU) semalam.

Bagaimanap­un jika MU meneruskan rekod sempurna Ole Gunnar Solskjaer sebagai pengurus sementara, pasukan Red Devils akan mengurangk­an jurang lapan mata dengan Arsenal pada bulan sejak Jose Mourinho dipecat.

Pemain remaja Declan Rice menjaringk­an gol pertamanya untuk West Ham apabila anak buah Unai Emery merana di tempat lawan sekali lagi dalam kekalahan 1- 0 di Stadium London.

Mesut Ozil sekali lagi tidak dipilih pun dalam skuad Emery selepas siri perlawanan tanpa kemenangan Arsenal di tempat lawan dalam liga dilanjutka­n kepada lima perlawanan.

“kami memutuskan barisan pemain di sini adalah yang terbaik untuk perlawanan ini,” kata Emery mengenai ketiadaan pemain Jerman itu.

“Kami pernah menang bersamanya, kami pernah kalah dengannya. Tidak ada satu pemain yang membawa perbezaan di antara kemenangan dan kekalahan dalam perlawanan.”

Bagaimanap­un ia bukan petang yang sempurna bagi pasukan The Hammers juga selepas Marko Arnautovic seakan-akan melambai selamat jalan kepada penyokong tuan rumah apabila digantikan selepas pemain Austria itu dikaitkan dengan penghijrah­an ke Liga Super China.

Chelsea mengambil kesempatan ke atas kekalahan Arsenal walaupun terpaksa berusaha gigih untuk menewaskan Newcastle.

Gol pembukaan awal Pedro Rodriguez dipadamkan oleh tandukan Ciaran Clark bagi pasukan pelawat, tetapi rembatan cantik Willian pada minit ke-57 memastikan tiga mata bagi anak buah Maurizio Sarri.

Kekalahan yang dipengaruh­i keputusan perlawanan lain menyaksika­n Newcastle jatuh ke dalam kelompok tiga tercorot apabila Southampto­n yang bermain dengan 10 orang bertahan untuk menang 2-1 di Leicester.

Tendangan penalti James Ward-Prowse meletakkan pasukan The Saints di hadapan pada minit ke-11 sebelum Yann Valery dibuang dari padang.

Southampto­n masih meng- gandakan kelebihan mereka dalam masa tambahan pada babak pertama menerusi Shane Long dan menangkis asakan pada separuh masa kedua daripada pasukan The Foxes apabila Wilfried Ndidi merapatkan jurang dengan satu gol.

“Saya amat bangga sekali dengan para pemain saya,” kata pengurus Southampto­n, Ralph Hasenhuttl.

“Untuk mendahului 2-0 di Leicester adalah tidak mudah dan kami bertahan dengan komitmen yang hebat.”

Fulham masih dalam zon penyingkir­an selepas Burnley menang 2- 1 di Turf Moor w a l a u p u n tidak ada satu pun rembatan yang menemui sasaran.

Cubaan cantik Andre Schurrle me- letakkan Fulham di hadapan pada minit kedua tetapi Burnley menyamakan kedudukan pada minit ke-20 menerusi jaringan sendiri Joe Bryan dan tidak menunggu lama untuk mendahulu apabila Denis Odoi juga meletakkan bola di dalam gawang sendiri.

“Ia tidak dapat dipercayai Kami menjaringk­an gol yang hebat dan kemudian tiba-tiba dua jaringan sendiri,” kata pengurus Fulham, Claudio Ranieri.

Craig Cathcart menjaringk­an gol sebelum dan selepas waktu rehat apabila Watford menewaskan Crystal Palace 2-1 hasil gol kemenangan cantik Tom Cleverley 16 minit sebelum tamat d Selhurst Park. Huddersfie­ld masih terpacak d bahagian tercorot liga ekoran keputusan seri tanpa jaringan d Cardiff — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? Salah (tengah) menjaringk­an gol kemenangan Liverpool menerusi sepakan penalti pada perlawanan liga di Stadium American Express Community, Brighton pada Sabtu lepas. KLOPP
— Gambar Reuters Salah (tengah) menjaringk­an gol kemenangan Liverpool menerusi sepakan penalti pada perlawanan liga di Stadium American Express Community, Brighton pada Sabtu lepas. KLOPP
 ??  ?? GOL!:
GOL!:

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia