Utusan Borneo (Sarawak)

City ikrar ‘jerat’ Wolves, teruskan kempen pertahan kejuaraan liga

-

Manchester City bimbingan Pep Guardiola yang sudah kembali bertenaga berdepan dengan cabaran yang dijangkaka­n rumit di stadium sendiri dalam perlawanan menentang Wolverhamp­ton Wanderers pada Isnin (malam ini waktu Malaysia) untuk meneruskan kempen mempertaha­nkan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Namun hari-hari awal 2019 membayangk­an kegagalan mereka yang mengejut pada Disember lepas sudah dilupai sepenuhnya.

Bulan terakhir pada tahun lepas menyaksika­n City tewas dalam dua perlawanan liga berturut-turut, kepada pasukan lawan yang agak sederhana iaitu Crystal Palace dan Leicester City, selepas berakhirny­a permulaan kempen domestik tanpa kalah mereka pada awal Disember.

Namun kemenangan ke atas pendahulu Liverpool untuk melancarka­n Tahun Baharu memberi nafas baharu kepada Stadium Etihad selepas City dinafikan khidmat pemain tengah yang cedera Kevin De Bruyne bagi kebanyakan waktu dalam separuh pertama kempen.

Dua kemenangan piala yang hebat dalam masa empat hari – walaupun ke atas dua kelab liga bawahan Rotherham dan Burton Albion – membayangk­an kelebihan klinikal dan tajam yang mencorakka­n permainan City dalam kempen memecah rekod yang memenangi kejuaraan pada musim lepas sudah kembali lagi.

Rotherham, kelab liga Kejuaraan, dibelasah 7-0 di Etihad, dan kelab divisyen ketiga Burton menanggung nasib yang jauh lebih menyakitka­n dalam pusingan pertama perlawanan separuh akhir Piala Liga yang berat sebelah, apabila City menyumbat sembilan gol tanpa balas.

Kemenangan itu bukan sahaja menjamin tempat City dalam perlawanan akhir menentang Tottenham atau Chelsea pada bulan depan tetapi turut membayangk­an Guardiola yang cerewet tidak akan menerima sebarang sikap sambil lewa dalam usahanya untuk menambah piala kepada kabinet trofi kelab.

Ia adalah angin yang dicerminka­n oleh De Bruyne ketika menentang Rotherham apabila dia menunjukka­n rasa tidak puas hati yang ketara selepas dikeluarka­n setelah sejam bermain, walaupun City sudah pun mendahului dengan kelebihan lima gol.

Beberapa laporan malah membayangk­an De Bruyne enggan kembali ke bangku pemain simpanan untuk menonton baki perlawanan, sebaliknya terus duduk dalam bilik persalinan City.

“Tidak, saya tidak bercakap dengannya,” kata Guardiola dengan ringkas apabila ditanya sama ada dia sudah menangani reaksi De Bruyne apabila dia dikeluarka­n.

Namun memandangk­an pemain Belgium itu memulakan hanya satu perlawanan liga sahaja setakat ini dalam kempen semasa, dia mungkin mahu bermain dari sepak mula dalam perlawanan menentang Wolves.

Sergio Aguero juga sudah kembali selepas tidak bermain sejak kemenangan ke atas Liverpool kerana sakit dan pemain pertahanan yang juga kapten kelab yang memberi inspirasi, Vincent Kompany, adalah seorang lagi pemain yang sedang memenangi pertarunga­nnya untuk menjadi cergas bagi perlawanan pada hari ini.

Gambaran umum membayangk­an, selepas mengalami kehilangan prestasi seketika, City bukan sahaja sudah kembali ke tahap terbaik mereka tetapi juga mempunyai beberapa pemain penting yang mencapai kecergasan pada waktu yang tepat, ketika Guardiola menegaskan skuadnya dapat meneruskan cabaran mereka untuk menjadi juara dalam empat pertanding­an.

Malah mangsa kecederaan jangka panjang Benjamin Mendy sedang mempamerka­n kemajuan dan dijangka kembali bersama pasukan tidak lama lagi.

Sementara itu City di tempa kedua pasti mahu merapatkan jurang tujuh mata di tempat teratas liga yang diwujudkan oleh kemenangan 1-0 Liverpool ke atas Brighton d tempat lawan kelmarin apabila mereka menentang Wolves.

Bagaimanap­un pasukan Nuno Espirito Santo mengikat City 1-1 pada awal musim di Molineux dan seri 1-1 d Etihad dalam Piala Liga pada musim lepas ketika mereka masih sebuah kelab liga Kejuaraan.

“Kami menyedari ketika kami bermain dalam Piala EFL (Liga Bola Sepak Inggeris) dan perlawanan pertama di tempa lawan betapa rumitnya keadaan,” kata Guardiola mengena ancaman yang ditimbulka­n oleh Wolves.

“Mereka mantap dari seg fizikal, serangan balas, situas bola mati. Bukan hanya seorang dua sahaja, terdapat tiga atau empat (pemain Wolves) dan apabila kita letih, mereka dapat memasukkan pemain baharu.”

Dia menambah: “Mereka bertahan dengan baik, mendalam, mereka menguasa banyak kawasan – Moutinho Neves, dia dapat merembat bola dari jarak jauh. Mereka baharu sahaja dinaikkan ke liga utama dan bermain dengan amat baik sekali.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia