Utusan Borneo (Sarawak)

Kemenangan Lazio dicemari oleh laungan rasis dan anti-Semitik

-

Lazio terbabit dalam kontrovers­i kelmarin selepas laungan rasis dan anti-Semitik yang mencemari satu perlawanan Coppa Italia ditepis oleh kelab itu sebagai “psikosis yang memberi tumpuan kepada insiden minoriti atau tidak wujud”.

Lazio membenam kelab divisyen ketiga Novara 4-1 dalam perlawanan peringkat 16 terakhir mereka di Stadio Olimpico, Rom.

Bagaimanap­un penyokong ultra mereka yang tegar melemparka­n kata- kata kesat kepada musuh tetangga kelab Roma, dengan cemuhan seperti “Kuning, merah dan Yahudi” dan “Roma ini yang kelihatan seperti Afrika”.

Mereka juga menyasari polis yang bertelingk­ah dengan penyokong Lazio pada Rabu lepas di Piazza della Liberta di ibu negara apabila sambutan untuk meraikan ulang tahun kelab itu yang ke-119 bertukar ganas.

Lapan anggota polis cedera dan empat penyokong ditangkap.

Jurucakap Lazio Arturo Diaconale membidas laporan mengenai laungan oleh segelintir kecil penonton sebagai “satu psikosis”.

“Saya adalah seorang daripada 98 peratus orang dalam stadium yang tidak mendengar mereka,” katanya.

“Kelab kami sudah tentulah mengecam sebarang laungan rasis atau anti-Semitik. Saya rasa ia adalah sebentuk psikosis yang memberi fokus sama ada kepada insiden minoriti atau tidak wujud.”

Di atas padang, Ciro Immobile menjaringk­an dua gol di separuh masa pertama selepas gol pembukaan Luis Alberto pada minit ke- 12 manakala Sergej Milinkovic­Savic menyumbat gol keempat sebelum waktu rehat.

Umberto Eusepi merapatkan jurang dengan satu gol untuk Novara, kelab divisyen ketiga yang berpangkal­an 50 km ke barat Milan, menerusi tendangan penalti sejurus selepas waktu rehat.

Juara bertahan Juventus menempah tiket mereka ke peringkat suku akhir dengan kemenangan 2-0 di Bologna, manakala AC Milan mara dengan keputusan yang sama selepas masa tambahan dalam perlawanan menentang Sampdoria.

Juventus dan AC Milan akan berentap dalam perlawanan akhir Piala Super Itali di Arab Saudi pada Rabu depan.

Cristiano Ronaldo dan Paulo Dybala memulakan perlawanan sebagai pemain simpanan bagi juara bertahan dengan mengintai perlawanan di Jeddah.

Juventus mara dengan jaringan pembukaan oleh Federico Bernardesc­hi selepas sembilan minit dan Moise Kean menambah gol kedua empat minit selepas waktu rehat.

Di Genoa, pemain antarabang­sa Brazil Lucas Paqueta memulakan perlawanan untuk Milan selepas ketibaanny­a dari Flamengo dalam perjanjian bernilai 35 juta euro (RM168 juta) pada minggu lepas, di sisi pemain Argentina yang mahu meninggalk­an kelab itu, Gonzalo Higuain, di tengah spekulasi bahawa dia akan berhijrah ke Chelsea.

Higuain menyangka dia sudah menjaringk­an gol tetapi dikatakan ofsaid.

Patrick Cutrone dimasukkan sebagai pemain gantian dalam masa tambahan dengan dua voley cantik pada minit ke- 102 dan ke- 108 untuk menempah pertemuan bagi finalis pada tahun lepas dengan sama ada Napoli atau Sassuolo.

“Kami perlu mendapatka­n semula tenaga kami. Ia adalah perlawanan yang besar dan perlawanan yang dapat membantu kami dengan karektor kami, ia mungkin titik perubahan bagi kami,” kata jurulatih AC Milan Gennaro Gattuso mengenai perlawanan pada Rabu depan.

Roma melayan kelab divisyen ketiga Virtus Entrella di Stadio Olimpico pada Isnin (malam ini waktu Malaysia). — AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia