Utusan Borneo (Sarawak)

PSG kembali di landasan kemenangan selepas benam Amiens 3-0

-

Edinson Cavani dan Kylian Mbappe menjaringk­an gol apabila Paris Saint-Germain (PSG) bertindak balas terhadap kekalahan mereka yang mengejutka­n dalam Piala Liga pada pertengaha­n minggu dengan mencatatka­n kemenangan 3- 0 di Amiens kelmarin untuk mendahului dengan kelebihan 13 mata di singgahsan­a Ligue 1.

PSG menyaksika­n kempen mereka untuk memenangi kejuaraan Piala Liga keenam berturut-turut ditamatkan pada pertengaha­n minggu oleh kelab bermasalah Guingamp di Parc des Princes, tetapi terlalu kuat untuk Amiens yang bermain bersungguh-sungguh.

Juara bertahan Perancis itu masih belum tewas selepas 18 perlawanan dalam musim liga, dan duduk 13 mata di hadapan Lille di tempat kedua, dengan kelebihan dua perlawanan dalam tangan.

“Apakah yang dapat kami menangi dalam perlawanan menentang Guingamp? Tidak ada apa- apa, kami kehilangan segalanya,” kata jurulatih PSG Thomas Tuchel.

“Jika kami menang 1-0, semua orang pasti berkata, ‘Ia hanya 1-0 menentang Guingamp di Parc des Princes’, tidak ada orang yang akan berkata tahniah.

“Cabaran kami adalah untuk membuat sesuatu den- gan menjadi sangat fokus. Ia adalah sukar untuk bermain, termasuk pada hari ini, dengan mentaliti untuk bermula lagi.”

Tuchel tidak menurunkan Neymar bersama skuad untuk kunjungan ke Stade de la Licorne bagi merehatkan lutut yang sakit, dan pasukannya bergelut untuk mencipta peluang yang baik pada separuh masa pertama yang hambar.

“Lututnya mengalami kesakitan dan tidak dapat bergerak dengan bebas,” kata Tuchel. “Dia sudah bersama kami sejak 4 Januari.

“Dia sudah bermain dalam dua perlawanan. Ia terlalu berisiko (untuk bermain), ia adalah lebih penting bahawa dia tidak sakit dan dia dapat menjalani latihan seminggu bersama kami di Doha.”

PSG dihadiahka­n dengan satu peluang untuk mendahului pada minit ke- 57 apabila rembatan kencang Angel Di Maria terkena lengan Alexis Blin dari jarak tidak sampai satu ela, dan kelab ibu kota itu diberikan tendangan penalti hanya tiga hari sahaja selepas mereka dibolosi tiga gol ketika menentang Guingamp.

Cavani tampil untuk menolak bola ke bahagian tengah jaring dan menjaringk­an golnya yang ke-14 pada musim ini dalam semua pertanding­an.

Pertarunga­n yang sukar menjadi cabaran yang getir bagi pasukan tuan rumah apabila Mbappe ditarik sehingga jatuh oleh Khaled Adenon, dan selepas pemenang Piala Dunia itu menunjukka­n isyarat kepada pengadil untuk membuang pemain pertahanan sayap Amiens itu dari padang, pengadil akur dengan melayangka­n kad kuning kedua kepada pemain berusia 33 tahun itu. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia