Utusan Borneo (Sarawak)

Azmoun kembali menjadi sanjungan Tehran

Iran benam Vietnam 2-0, sertai Iraq, Arab Saudi mara ke peringkat kalah mati Piala Asia kelmarin

-

ABU DHABI: Sardar Azmoun yang kembali daripada persaraan meledakkan Iran ke dalam fasa kalah mati Piala Asia kelmarin apabila pasukan Carloz Queiroz disertai musuh utama Iraq dan bekas juara Arab Saudi pada peringkat 16 terakhir.

Azmoun, 24, meninggalk­an pasukan kebangsaan selepas penyokong menyerangn­ya ekoran penyingkir­an Iran di Piala Dunia pada tahun lepas, tetapi dia menjadi sanjungan Tehran sekali lagi dengan dua gol dalam kemenangan 2-0 ke atas Vietnam.

Arab Saudi, yang seperti Iran merupakan bekas juara tiga kali kejohanan utama Asia itu, menewaskan Lubnan 2-0, manakala pemain remaja Mohanad Ali memberi inspirasi kepada Iraq, juara 2007, untuk mencatatka­n kemenangan 3-0 ke atas Yaman.

Iran, Iraq dan Arab Saudi, dengan tujuh kejuaraan di antara mereka, menyertai Korea Selatan, China dan Jordan yang sudah layak ke peringkat 16 terakhir.

Queiroz memuji Azmoun selepas dua jaringan peny-

Kami menaruh harapan yang tinggi baginya untuk pertanding­an ini. Namun cara pasukan ini menyumbang di sekeliling­nya, dan pergerakan kami dalam kawasan ketiga terakhir, adalah

” sangat menarik.

Carloz Queiroz Jurulatih Iran

erang kelab Rubin Kazan itu menjadikan­nya penjaring terbanyak kejohanan setakat ini dengan tiga gol, dan memberikan rekod kemenangan pusingan pertama kesembilan berturut-turut kepada Iran.

“Dia seorang penyudah,” kata pengurus Portugis itu, sekarang memasuki tahun kelapan sebagai jurulatih Iran.

“Kami menaruh harapan yang tinggi baginya untuk pertanding­an ini. Namun cara pasukan ini menyumbang di sekeliling­nya, dan pergerakan kami dalam kawasan ketiga terakhir, adalah sangat menarik.”

Iran, yang mahu menamatkan kemarau kejuar- aan selama 43 tahun sejak kali terakhir memenangi hadiah paling diidamkan dalam bola sepak Asia, dapat menjaringk­an empat atau lima gol tetapi gagal melakukan penyudah yang baik di Abu Dhabi.

“Sayangnya persembaha­n kami tidak menghasilk­an beberapa gol lagi,” kata Queiroz kepada pemberita.

“Namun kemenangan adalah ubat terbaik dalam bola sepak. Untuk memenangi dua perlawanan dan menjaringk­an tujuh gol – saya mesti memuji pemain saya kerana saya sangat cerewet.”

Saman Ghoddos dan Mehdi Taremi nyaris menjaringk­an gol untuk pasukan ranking teratas di Asia itu sebelum Azmoun melompat untuk menanduk masuk bola daripada hantaran lintang Ghoddos selepas 38 minit.

Azmoun merembat masuk gol ketiganya di kejohanan itu dari luar kotak penalti 20 minit sebelum tamat untuk menjadikan­nya tujuh gol tanpa balas bagi Iran, yang membenam Yaman 5- 0 dalam perlawanan pembu- kaan mereka dalam Kumpulan D.

Di Sharjah, Ali yang berusia 18 tahun menjaringk­an gol solo yang hebat untuk meletakkan Iraq 1-0 di hadapan selepas 11 minit, tetapi pertanyaan harus dibangkitk­an mengenai pertahanan Yaman.

Ali, yang menyambar bola hantaran ke belakang yang lemah, menangkis asakan tiga pemain pertahanan sebelum dia meledakkan rembatan melepasi penjaga gol Yaman Jalal Hassan untuk gol keduanya di kejohanan ini.

Bashar Resan menggandak­an kelebihan Iraq pada pertengaha­n babak pertama apabila rembatanny­a masuk selepas terkena palang gol dan Hassan perlahan untuk bertindak. — AFP

 ?? — Gambar Bernama ?? PERSEDIAN RAPI:Azmoun (kiri) meraikan jaringanny­a ketika membantu Iran menewaskan Vietnam pada perlawanan di Stadium Al-Nahyan, Abu Dhabi kelmarin.
— Gambar Bernama PERSEDIAN RAPI:Azmoun (kiri) meraikan jaringanny­a ketika membantu Iran menewaskan Vietnam pada perlawanan di Stadium Al-Nahyan, Abu Dhabi kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia