Utusan Borneo (Sarawak)

UNTUK KENANGAN:

De Minaur sentak Simon untuk julang kejuaraan ATP pertamanya di Sydney

-

SYDNEY: Pemain remaja dari Australia Alex De Minaur memenangi dua perlawanan dalam sehari untuk menuntut kejuaraan ATP karier pertamanya di kejohanan tenis Sydney Internatio­nal kelmarin.

De Minaur, 19 tahun dan pemain ranking ke-29, mengatasi pemain Itali yang lebih segar Andreas Seppi 7- 5, 7- 6 ( 7/ 5) dalam perlawanan akhir selepas berjaya menewaskan pemain Perancis Gilles Simon dalam perlawanan separuh akhir yang ditunda kerana hujan pada awal kelmarin.

Kemenangan De Minaur menjadikan­nya pemenang paling muda di kejohanan Sydney sejak mentornya Lleyton Hewitt memenangin­ya ketika berusia 19 tahun pada 2001.

De Minaur yang dilahirkan di Sydney merupakan juara pertama dari Australia di kejohanan berusia 134 tahun itu sejak Bernard Tomic pada 2013.

“Ia adalah gila bahawa ini benar-benar berlaku,” kata De Minaur kepada hadirin sejurus selepas kemenangan­nya.

“Saya sangka ia tidak akan berlaku. Tuah kali ketiga, dan anda tidak tahu maknanya untuk melakukann­ya di hadapan semua anda, di hadapan negara saya sendiri.”

Dalam perlawanan akhir kedua berturut- turut di Sydney, pemain pilihan kelima itu memenangi 75 peratus mata servis pertama untuk mencapai kejayaan yang lebih baik berbanding naib juara kepada pemain Rusia Daniil Medvedev pada tahun lepas.

De Minaur sudah melonjak 208 tempat ke tempat ke-29 dalam Ranking ATP dan dipilih sebagai Pendatang Terbaik ATP selepas dia mencatatka­n 28 kemenangan tahap jelajah sepanjang kempen 2018. — AFP

 ?? — Gambar Bernama ?? Presiden Lawn Tenis Malaysia Mirzan Mahathir (belakang lima kiri) bergambar bersama penerima pingat pada majlis penyampaia­n hadiah Tennis Malaysia Junior Tour 2019™ di National Tennis Centre, Kuala Lumpur semalam.
— Gambar Bernama Presiden Lawn Tenis Malaysia Mirzan Mahathir (belakang lima kiri) bergambar bersama penerima pingat pada majlis penyampaia­n hadiah Tennis Malaysia Junior Tour 2019™ di National Tennis Centre, Kuala Lumpur semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia