Utusan Borneo (Sarawak)

Penduduk Miri dipelawa sertai larian Hospital Miri pada 7 April

-

Penduduk Miri dipelawa menyertai larian Hospital Miri yang akan diadakan pada 7 April depan di Marina Parkcity di sini.

Objektif utama larian itu adalah untuk mengumpul dana tabung projek hospital dan penyertaan terbuka kepada semua peringkat umur.

Larian terbahagi kepada dua kategori utama iaitu sejauh 11km dan 4 km. Larian 11km untuk lelaki terbuka, wanita terbuka, (18 tahun ke atas) lelaki veteran dan wanita veteran (45 tahun ke atas).

Sementara larian 4km untuk keluarga iaitu ‘Family Kid’ melibatkan peserta kanak- kanak lelaki dan perempuan berusia enam hingga 12 tahun yang ditemani bersama seorang penjaga.

Larian 4km juga untuk ‘Fun Run’ peserta berusia 13 tahun ke atas. Peserta 11km dilepaskan jam 6.15 pagi dan peserta 4km, jam 6.25 pagi.

Hadiah RM300 dan pingat menanti juara setiap kategori. Pemenang tempat kedua, ketiga dan keempat masing-masing menerima RM200, RM100 dan RM80 berserta pingat.

Mereka yang berada di tempat kelima hingga kesepuluh akan membawa balik RM50 serta pingat.

Pendaftara­n untuk larian ini telah dibuka dengan yuran RM55 untuk ‘early bird’ (penyertaan terawal) dari sekarang hingga 25 Februari depan.

Bayaran RM65 dikenakan selepas tarikh itu sehingga 3 Mac. Untuk kategori keluarga, bayaran RM110 ‘ early bird’ dan RM130 yuran biasa.

Pendaftara­n boleh dibuat dengan mengunjung­i Share Tea Pusat Komersil Boulevard, kantin Bulatan Park dengan menemui Leo Goh atau datang sendiri ke pejabat pentadbira­n Hospital Miri.

Pendaftara­n juga boleh dibuat atas talian di http:// bulatanpar­krunnerscl­ub. com/mhr2019

Tarikh tutup penyertaan ialah pada 3 Mac depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia