Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih 500 sertai larian sempena ‘SABERKAS Happy Run 2019’

-

MIRI: Lebih 500 peserta mengambil bahagian dan menamatkan larian masingmasi­ng sempena ‘ SABERKAS Happy Run 2019’ yang berlangsun­g di Permymall Miri, awal pagi semalam.

Larian itu adalah anjuran Pertubuhan Kebangsaan Belia Bersatu Sarawak (SABERKAS) Cawangan Senadin yang menyaksika­n pertuka- ran gelanggang larian.

“Ini adalah kali pertama SABERKAS Happy Run dianjurkan di sini memandangk­an populasi penduduk di Permyjaya amat besar dan sesuai untuk menganjurk­an kegiatan riadah dan sosial,” kata Menteri Muda Pelanconga­n, Kebudayaan dan Kesenian Datuk Lee Kim.

Lee berkata, seperti kebiasaan larian itu diadakan di kawasan komersial Marina namun penganjur memilih venue baharu bagi memberi peluang kepada penduduk di Permyjaya.

“Kita berharap lebih banyak organisasi atau penduduk di kawasan Permyjaya menganjurk­an kegiatan riadah dan sosial membabitka­n penduduk berbilang kaum,” ujarnya.

Menurutnya, larian itu bermula dari Permymall Miri dan peserta telah dilepaskan kira-kira jam 6.15 pagi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin itu kemudianny­a menjelaska­n, sebanyak tujuh kategori menjadi pilihan peserta se- mentara satu daripadany­a adalah ‘Fun Run’.

Kategori lelaki terbuka dimenangi David Patton, Yong Khong Wei (kedua), Claveron Ronan Ho (ketiga) dan Bernard Tay Kar Leong (keempat).

Manakala kategori wanita terbuka dikuasai Tho Sian Khim, Grace Pui (kedua), Lee Siew Shien (ketiga) dan Jacyntha Thian (keempat).

Bagi kategori lelaki veteran pula, Lee Kim Hing ditabal sebagai pemenang disaing hebat Aza Maain Gremar (kedua), Chang Yong Zhang (ketiga) dan Jimmy Lau Ngea Yee (keempat).

Kategori wanita veteran dimenangi Lee Leh Ha sementara Joanna Eng Siew Jin (kedua) manakala Cecilia Maksimon dan Rani Dawat masing- masing ketiga dan keempat.

Kategori Keluarga dan Kanak-Kanak Lelaki pula dimenangi Robin Wan Mathew dan Celetial Reyes Ho sementara pasangan Michael Scheck dan Julius Scheck (kedua).

Pasangan Jeremiah Emeza Yew dan Julian Ivan Tabib Yew serta Ronan Sia dan Joseph Sia masing- masing tempat ketiga dan keempat.

Kategori Keluarga dan Kanak- Kanak Perempuan pula dimenangi pasangan Yong Pei Ying dan Shanice Tang Yu Chen sementara Sid Ali Arouche dan Aicha Arouche (kedua).

Tempat ketiga dan keempat pula milik pasangan Chia Siang Hui dan Tone Lau Ngin Ting dan Sarah Arouche dan Caroline Scheck.

Pemenang bagi semua kategori dari juara hingga tempat keempat menerima RM300, RM200, RM100 dan RM80 berserta pingat iringan.

 ??  ?? TAHNIAH: Lee bergambar bersama pemenang Kategori Keluarga dan Kanak-Kanak Perempuan sempena ‘SABERKAS Happy Run 2019’ di Permymall semalam.
TAHNIAH: Lee bergambar bersama pemenang Kategori Keluarga dan Kanak-Kanak Perempuan sempena ‘SABERKAS Happy Run 2019’ di Permymall semalam.
 ??  ?? AZIZULHASN­I
AZIZULHASN­I

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia