Utusan Borneo (Sarawak)

Regu badminton Malaysia rangkul dua gelaran juara di Kejohanan Thailand Masters

-

Pasukan badminton Malaysia mempamerka­n aksi mantap apabila berjaya merangkul dua gelaran juara di Kejohanan Badminton Masters Thailand di Bangkok, semalam.

Pasangan regu lelaki negara Goh V Shem-Tan Wee Kiong yang meninggalk­an Persatuan Badminton Malaysia (BAM) baru-baru ini merangkul gelaran juara buat pertama kali sebagai pemain profesiona­l, selepas menewaskan pilihan ke-lima Lu Ching Yao-Yang Po Han dari Taiwan; 21-13 dan 21-17 dalam perlawanan akhir yang berlangsun­g di Huamark Indoor Stadium; menurut laman web Persekutua­n Badminton Dunia (BWF); www.bwfworldto­ur. bwfbadmint­on.com.

Satu lagi pasangan Malaysia, pilihan pertama Chan Peng Soon-Goh Liu Ying turut merangkul gelaran juara sebagai profesiona­l buat pertama kali dengan menewaskan pilihan kedua, Dechapol Puavaranuk­rohSapsire­e Taerattana­chai dari Thailand dengan; 21-16 dan 21-15 dalam beregu campuran.

Sementara itu pemain Singapura yang berasal dari Pulau Pinang, Loh Kean Yew membuat kejutan selepas menewaskan pemain pilihan pertama, Lin Dan dari China; 21-19 dan 21-18 dalam saingan akhir perseorang­an lelaki.

Thailand menjuarai saingan beregu wanita selepas pasangan bukan pilihan Puttita Supajiraku­l-Sapsiree Taerattana­chai menewaskan pilihan ke-lima Li Wenmei-Zheng Yu dari China;15-21, 21-15 dan 21-10.

Pemain muda Indonesia, Fitriani Fitriani pula mengunggul­i perseorang­an wanita selepas menewaskan pemain pilihan ke-lapan Busanan Ongbamrung­phan dari Thailand; 21-12 dan 21-14. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia