Utusan Borneo (Sarawak)

Piala Presiden 2019: Terengganu FC III intai kejuaraan kali kedua berturut-turut

-

Juara bertahan, Terengganu FC lll (TFC lll) optimis mampu mempertaha­nkan kejuaraan Piala Presiden 2019 yang akan membuka tirainya bermula bulan hadapan.

Pengurus pasukan Mohd Rashdi Hamat berkata pasukannya hanya mempunyai satu misi iaitu mencipta sejarah menjuarai kejohanan bola sepak khusus buat pemain berumur bawah 21 tahun itu buat kali kedua berturuttu­rut.

TFC lll mengekalka­n khidmat ketua jurulatih dan sembilan pemain daripada skuad musim 2018 turut dikekalkan selain pasukannya juga telah mula melakukan persediaan rapi sejak Disember lepas, katanya.

“Tanggungja­wab besar diberikan kepada pasukan adalah mengekalka­n gelaran juara. Untuk itu kita akan cuba kekalkan prestasi dan tidak boleh memandang remeh pasukan lain kerana mereka juga bersiap sedia menghadapi cabaran musim ini.

“Dengan jurulatih musim lepas dan barisan pengurusan yang komited, insya- Allah kita mampu mempertaha­nkan kejuaraan buat kali kedua,” katanya pada Majlis Undian Piala Presiden dan Piala Belia 2019 di sini, semalam.

TFC lll muncul juara Piala Presiden buat kali ketiga pada musim 2018 selepas menewaskan Kedah 2-1 pada perlawanan akhir.

Sementara itu, Pengurus pasukan PKNS FC Mohd Shahrol Md Sharif turut menyasarka­n untuk mempertaha­nkan gelaran juara Piala Belia 2019 meskipun menyedari bakal ditentang sengit pasukan lain.

“Daripada jadual undian itu saya yakin PKNS FC mampu melangkah ke pusingan kedua dan kita akan cuba pertahanka­n gelaran itu. Daripada segi persaingan, saya melihat semua pasukan mempunya peluang tetapi juara adalah sasaran utama kami,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia