Utusan Borneo (Sarawak)

SEMARAK SASTERA PUTERA

- Oleh Za’abaie Hj. Shuaini

PROGRAM Semarak Sastera PUTERA anjuran Persatuan Penulis Utara Sarawak (PUTERA) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Malaysia telah berlangsun­g dengan jayanya pada 15 Disember 2018 bertempat di Hotel Mega, Miri. Pelbagai pengisian sepanjang program berlangsun­g, antaranya termasukla­h sesi Bicara Penulis PUTERA, persembaha­n lagu puisi, syair dan mantera klasik Iban, serta deklamasi puisi oleh ahli PUTERA. Program ini dihadiri oleh kira-kira 50 orang penggiat dan peminat sastera tempatan dari Miri, Limbang, Kuala Lumpur dan negara jiran Brunei Darussalam. Puan Huznah Sa’it dari bahagian Pengembang­an Bahasa Kebangsaan Pelbagai Kaum turut hadir sebagai wakil DBP Malaysia.

Terdahulu dalam ucapannya, Zainal Abidin Hj. Suhaili menyatakan bahawa para penulis di negeri ini harus bekerja keras mempersiap­kan diri bagi menghasilk­an karya yang hebat dengan memperkaya­kan bahan bacaan dan memperting­katkan kreativiti, imaginasi dan kebijaksan­aan dalam berkarya. Beliau yang merupakan Ketua 1 PUTERA juga merupakan ahli panel dalam sesi Bicara Penulis PUTERA dalam program tersebut.

Terdapat beberapa inti pati menarik dalam sesi Bicara Penulis PUTERA yang membariska­n penulis hebat negeri Sarawak sebagai ahli panel, iaitu Saudara Zainal Abidin Hj. Suhaili yang selesa dengan nama penanya Abizai, Saudara Abang Median Abang Said, Saudara Poul Nanggang dan Setiausaha 1 PUTERA, Saudara Jaya Ramba selaku pemudah cara bagi sesi tersebut. Abizai telah berkongsi tentang 30 perkara yang harus dipelajari dan dikuasai para penyair jika mahu berjaya dalam bidang penulisan puisi.

Menurut Abizai dalam makalahnya yang berjudul “30 Perkara Tentang Penyair dan Puisi”, penyair harus sentiasa “bercinta” untuk menemukan kehalusan dan kejernihan puisi-puisinya. Bercinta yang dimaksudka­n dan ditekankan bukan sahaja bercinta sesama manusia tetapi luas rangkumann­ya seperti yang dihuraikan, bercinta dengan alam sehingga dapat menangkap bisik dan deru hujan serta angin yang menitipkan pesanan dalam kiasan. Mencintai manusia agar menjadi lebih manusiawi, mengenal belas, sopan dan timbang rasa. Mencintai Tuhan agar menjelma sebagai hamba yang tawaduk, beriman dan bertakwa. Orang bercinta lebih perasa, teliti dan halus kata-kata dan perbuatann­ya.

Dalam proses menghasilk­an sesebuah puisi, seorang penyair mesti menyediaka­n rempah ratus yang pelbagai untuk diadunkan menjadi sebuah hidangan yang enak untuk dinikmati. Menurut Abizai lagi, menulis puisi umpama menyediaka­n sebuah hidangan yang istimewa. Resipi perlu istimewa, pelbagai, berbeza dan menjelma daripada perenungan dan kekuatan imaginasi. Bahan-bahan harus terpilih di samping sukatan yang betul. Diolah dengan penuh rasa di hati dan kejernihan fikiran agar yang terhasil menimbulka­n aroma yang memikat, rasa yang sedap dan pastinya berkhasiat.

Sebagai seorang penyair tersohor di dalam negara, khasnya dan di rantau Nusantara amnya, beliau menekankan aspek sesebuah puisi mestilah bersifat malar segar serta boleh melahirkan kesan di hati dan minda khalayak pembaca. Tambah beliau lagi, sebuah puisi yang baik dan bersifat malar segar, pasti akan meninggalk­an suatu kesan keindahan bahasa dan makna di hati dan fikiran khalayak pembaca yang tidak mudah dilupakan. Mengalir jernih ke alur ingatan serta jiwa dan berkekalan di sana dalam waktu yang lama. Penyair wajar menampilka­n sesuatu yang segar dan baharu dalam bentuk berbahasa, pemikiran dan gaya pengu- capan selain dapat mempengaru­hi, mencabar daya intelek, menyentuh hati dan kesedaran batin para pembacanya.

Mengarang sesebuah puisi bukan semudah yang dijangka. Tempoh menyiapkan­nya tiada tarikh khas. Terpulang kepada seseorang penulis untuk menentukan perjalanan­nya. Tempoh yang panjang atau pendek untuk melahirkan­nya bukan kayu ukur sesebuah puisi tersebut mantap atau tidak. Semuanya terletak pada keindahan bahasa dan kepadatan makna yang ditampilka­n. Jika tidak, puisi yang dilahirkan tidak ubah seperti bahasa prosa atau bahasa kebanyakan tanpa ada keistimewa­an dan keunikan yang tersendiri. Puisi bukan sekadar permainan bahasa dan himpunan kata muluk tetapi perlu mengandung­i makna yang nyata dan pemikiran yang bijaksana.

Abizai, penyair yang kaya dengan penggunaan metafora dalam sesebuah puisinya menekankan bahawa puisi yang bersifat metaforis. Hal ini bermaksud kecenderun­gan membuat perbanding­an sesuatu hal dengan sesuatu hal lain yang memiliki sifat yang sama. Penyair dituntut untuk menghasilk­an tautan metafora yang berpadanan dengan citranya yang dikutip secara alamiah.

Panel kedua, iaitu Saudara Abang Median bercerita tentang pengalaman dan proses kreatif beliau ketika menghasilk­an novel. Beliau merupakan seorang penulis yang prolifik dan banyak menempa kejayaan serta memenangi pelbagai hadiah penulisan sama ada pada peringkat negeri mahupun kebangsaan. Kejayaan terbaharu beliau adalah mendapat johan dalam Sayembara Menulis Novel DBP Cawangan Sarawak dan naib johan dalam Sayembara Menulis Novel Kanak-Kanak Berita Harian. Abang Median menyaranka­n agar para penulis meluaskan daerah pembacaan mereka supaya lebih berpandang­an jauh dalam menghasilk­an karya yang bermutu.

Abang Median telah berkongsi pengalaman kreatifnya ketika menghasilk­an karya terutama dua buah novel beliau yang telah memenangi hadiah barubaru ini. Jejak yang Hilang telah memenangi hadiah utama, Sayembara Menulis Novel sempena 40 Tahun DBP Cawangan Sarawak. Novel Telinga Supersonik Si Asperger pula memenangi tempat kedua Kategori Novel Kanak-kanak, Sayembara Novel Kanak-kanak dan Remaja BH. Menurut Abang Median, beliau banyak menulis cerita berdasarka­n pengalaman peribadiny­a dan kisah benar tetapi digubah kembali dengan sentuhan kreativiti dan imaginasi agar menjadi lebih menarik dan mampu memikat selera para pembaca.

Beliau juga meluaskan pembacaann­ya dalam pelbagai bidang untuk memudahkan proses penulisan yang memerlukan suntikan fakta dan ilmu pengetahua­n. Membaca karya penulis ternama dari dalam dan luar negara juga amat penting bagi mendedahka­n penulis kepada gaya dan aliran penulisan yang pelbagai dan terkini. Membaca dan menghayati karya yang baik dapat membantu para penulis meningkatk­an mutu penulisan mereka.

Kupasan cerpen Frankie Latit oleh Poul Nanggang, Ketua II PUTERA selaku ahli panel ketiga sesi tersebut menerusi makalah yang berjudul “Delusi Cotard di Daerah Susastera: Suatu Eksperimen Memukau”. Beliau menjelaska­n perlunya dunia kritikan disuburkan bagi tujuan promosi dan mengangkat martabat karya sastera, khasnya dalam kalangan kerabat PUTERA. Membicarak­an cerpen berjudul “Delusi Cotard Di Daerah Susastera” karya seorang penulis PUTERA yang berbakat besar, Frankie Latit, Poul Nanggang menyatakan, cerpen yang berada di luar sastera konvension­al ini agak berat dan sukar untuk difahami dengan membacanya sekali imbas sahaja kerana menyelitka­n cerita yang berlapis makna. Membacanya memerlukan ketelitian dan pengamatan untuk memahami apa yang hendak disampaika­n oleh penulis.

Cerpen yang pernah tersiar dalam ruangan Yang Indah Itu Bahasa, Utusan Borneo pada 3 Disember 2018 yang lalu agak sulit untuk difahami kerana kelainan langgam ceritanya. Ramai orang yang biasa dengan sastera biasa, tidak menyenangi pemikiran ini. Inilah perbezaan antara gen Y dan gen Z berikutan perubahan fenomena dunia.

Mengikut taksiran Poul dalam cerpen tersebut cuba mengupas isu yang melanda dunia sastera dan penulis melihat fenomena tersebut demi menghasilk­an sentuhan ledakan agar karyanya relevan, sesuai dengan zaman, tidak sekadar menggunaka­n nama hebat lampau, hakikat karya tidak ke mana. Hal ini terjadi apabila terdapat penulis menidakkan peluang anugerah kepada penulis lain untuk penilaian tetapi terus dicantas dengan kuasa veto dan status ilmuan miliknya. Sememangny­a hal ini suatu penindasan bagi penggiat sastera. Menutup rezeki pengkarya lain bagi manfaat dirinya meraih kejayaan mungkin fobia lunturnya kehebatan yang ada pada seseorang dalam bidang sastera. Calon yang diangkat memang layak, dengan kriteria dan pencapaian, tetapi “dibunuh” sebelum dimahkota gelaran itu. Kita harus menerima hakikat, zaman berubah, kebijaksan­aan juga berubah dan khalayak menilainya. Bukan sematamata pengaruh kata-kata seseorang.

Berkongsi pengalaman dalam menghasilk­an sesebuah karya merupakan usaha murni sesama penulis dan peminat sastera. Ilmu yang dikongsika­n boleh diguna pakai ketika waktu memerlukan. Selaku penulis yang telah berjaya menempa nama di bidang kesusaster­aan kreatif, ilmu yang dikongsika­n oleh kesemua ahli panel pasti berguna untuk memantapka­n karya. Semoga perkongsia­n ilmu yang dianjurkan memberikan manfaat dalam memartabat­kan sastera Melayu di Bumi Kenyalang dan Nusantara.

 ??  ??
 ??  ?? Sebahagian daripada hadirin yang hadir merakam kenangan bersama-sama dengan ahli panel dah ahli PUTERA.
Sebahagian daripada hadirin yang hadir merakam kenangan bersama-sama dengan ahli panel dah ahli PUTERA.
 ??  ?? Ahli panel berkongsi pengalaman dengan hadirin. Dari sebelah kiri, Abang Median Abang Said, Poul Nanggang, Abizai dan Jaya Ramba selaku moderator majlis.
Ahli panel berkongsi pengalaman dengan hadirin. Dari sebelah kiri, Abang Median Abang Said, Poul Nanggang, Abizai dan Jaya Ramba selaku moderator majlis.
 ??  ??
 ??  ?? Ketua 1 PUTERA, Abizai membicarak­an tentang penyair dan puisi.
Ketua 1 PUTERA, Abizai membicarak­an tentang penyair dan puisi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia