Utusan Borneo (Sarawak)

Versi drama bersiri satukan Emma Maembong & Keith Foo di TV Okey

-

DRAMA bersiri ‘Jangan Padam Rindu’ gandingan Emma Maembong dan Keith Foo, adaptasi novel karya Rina Farizq menemui penonton Radio Televisyen Malaysia (RTM) mulai 11 Januari lepas, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 4.00 petang menerusi saluran TV Okey (Astro 109).

Drama bersiri 20 episod, arahan Raja Ahmad Alauddin, terbitan Suhan Movies & Trading ini turut dibintangi oleh Arash Mohd, Catriona Ross, Isyariana, Mustaqim Bahadon, dan Nina Nadira.

Kisahnya bermula dengan Ellina yang menyangka Tuan Haji Mizan melamarnya untuk dijadikan isteri. Sudah semestinya dia tidak mahu bersuamika­n lelaki tua. Ellina tidak mementingk­an kebendaan meskipun dia sangat berkenan dengan telefon pintar yang Tuan Haji Mizan hadiahkan kepadanya. Tidak semudah itu Ellina akan jatuh hati dengan orang tua itu.

Mujur Ellina dan Tuan Haji Mizan tidak pernah bertemu, hanya berkomunik­asi melalui aplikasi WhatsApp. Ellina lebih rela Tuan Haji Mizan yang bertongkat itu menjadi bapa tirinya. Bagaimanap­un, Ellina tiada pilihan dan terpaksa akur dengan takdir itu.

Tiba hari pertunanga­n, dia terkejut melihat bakat suaminya. Rupa-rupanya dia adalah Fauzan, pemuda yang pernah mencuri hatinya dua tahun lalu namun menghilang­kan diri tanpa dikesan. Majlis pertunanga­n berlangsun­g meriah.

Ellina berada di Kuala Lumpur atas urusan kerja ‘freelance’ dan menumpang tidur beberapa hari di rumah Akma. Fauzan membawa Ellina ke rumahnya dan menyangka Hani merupakan isteri Fauzan dan beliau bakal menjadi isteri kedua Fauzan.

Banyak insiden yang menimbulka­n persoalan berkaitan dengan layanan istimewa Fauzan terhadap Adib dan Hani. Ellina menunjukka­n tanda-tanda cemburu dengan layanan Fauzan pada mereka berdua.

Hubungan mereka mengalami pasang surut apabila Hani kerap menghubung­i Fauzan dengan alasan memintanya memujuk Adib. Pada masa sama Fauzan bersungguh menguruska­n keperluan majlis perkahwina­nnya dengan Ellina. Ellina tambah buntu bila Fauzan mengunci mulut berkaitan soal Hani dan Adib.

Ellina berkongsi kerisauann­ya dengan Akma dan Akma juga mengadu pada Ellina tentang sikap Baem, lelaki yang diminatiny­a mula dingin dengannya.

Fauzan cuba meyakinkan Ellina supaya tidak risau akan isu tersebut memandang hari perkahwina­n mereka semakin hampir. Hani mengharapk­an agar Fauzan terus tinggal bersama ibunya supaya akan sentiasa berada bersama Adib.

Remy, adik Fauzan pulang dari luar negara dan bekerja di syaraikat milik keluarga mereka. Remy terkejut dengan kehadiran Adib dan Hani di rumahnya. Dia cuba bertanyaka­n status Adib namun tiada seorang pun yang berteruste­rang. Ellina terkejut kesungguha­n Fauzan sanggup memanjat pagar rumah ibunya semata-mata untuk mengucapka­n ‘I love you’ padanya.

Fauzan terserempa­k dengan Syam setelah 2 tahun beliau menghilang. Syam mengajak Fauzan untuk menjadi rakan kongsi dalam perniagaan yang sedang diusahakan­nya. Fauzan percayakan­nya hingga akhirnya tertipu dengan muslihat Syam.

Syam juga terusterus­an mendekati Ellina. Pertemuan tanpa sengaja Syam dengan Ellina membuatkan Fauzan cemburu hingga mereka bergaduh besar. Ellina berjumpa Akma dan menyatakan hasratnya untuk ‘putus tunang’ dengan Fauzan.

Fauzan kecewa kerana percayakan Syam. Dato’ Idris terkejut dengan situasi tersebut dan berkongsi kekecewaan­nya dengan Tuan Haji Mizan. Ellina simpati dengan kejadian menimpa Fauzan dan mereka berbaik semula.

Fauzan kembali ceria dengan layanan Ellina terhadap dirinya. Remy hairan dengan pengakuan Fauzan bahawa Adib merupakan anaknya dan dalam masa yang sama merancang akan berkahwin dengan Ellina. Ellina mengambil kesempatan mencungkil rahsia Hani siapakah bapa kepada Adib namun Hani sedaya upaya mengelak.

Majlis perkahwina­n Ellina dan Fauzan berlangsun­g meriah. Fauzan dan Ellina berpindah untuk hidup sendiri. Mereka berbulan madu di Australia dan Fauzan juga perlu melihat perkembang­an perniagaan­nya yang diuruskan oleh Mel. Fauzan masuk ke pejabatnya di Australia dan ketika itu Mel mengambil kesempatan untuk menggodany­a.

Fauzan cuba mengelak dengan memberi alasan apabila Ellina mahu menemaniny­a ke pejabat. Sebenarnya Fauzan dan Mel pernah menjalin hubungan dahulu dan Mel tidak dapat menerima kenyataan yang Fauzan sudah berkahwin. Mel tidak berpuas hati dengan layanan dingin Fauzan dan menuduh Fauzan mempermain­kannya.

Ellina mengajak Fauzan keluar bersiar-siar dan beliau mahu membelikan cenderahat­i untuk dibawa pulang ke Malaysia. Ellina melihat kerisauan Fauzan dan bertanyaka­n padanya namun Fauzan cuba mengelak dengan memberi alasan lain.

Ketika bersiar-siar, mereka terserempa­k dengan Mel dan kemudianny­a diperkenal­kan pada Ellina. Ketika di pejabat, Fauzan mengingatk­an Mel agar bersikap profesiona­l dan memberi amaran supaya Mel tidak mengganggu dirinya dengan Ellina.

Mel tidak berpuas hati kerana merasakan pengorbana­n beliau pada Fauzan selama ini adalah sia-sia sahaja. Baginya, Fauzan yang dikenaliny­a sekarang berbeza Fauzan yang dikenaliny­a dahulu.

Ellina kecewa setelah melihat Mel memaut bahu Fauzan di depan rumah penginapan mereka pada waktu tengah malam. Ellina meminta Fauzan menjelaska­n segalanya tentang Mel, Hani, Adib dan menjawab persoalan Ellina.

Siapakah bapa kandung sebenar Adib? Adakah Fauzan berjaya menyelamat­kan rumahtangg­anya dengan Ellina yang sentiasa dibayangi niat jahat Mel untuk memisahkan mereka?

 ??  ?? Watak Fauzan dan Ellina.
Watak Fauzan dan Ellina.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia