Utusan Borneo (Sarawak)

Angka kematian nahas lombong China cecah 21

-

Angka kematian dalam kejadian runtuhan bumbung lombong arang batu di utara China telah meningkat kepada 21 selepas anggota penyelamat menemui dua lagi mayat pelombong semalam, lapor media negara.

Seramai 87 orang bekerja di bawah tanah di lombong wilayah Shaanxi ketika kemalangan berlaku tengah hari kelmarin, menurut agensi berita rasmi Xinhua yang memetik kenyataan pihak berkuasa tempatan.

Anggota penyelamat mencari dua lagi pelombong yang masih terperangk­ap namun menemui mayat mereka pagi semalam, lapor Xinhua. Seramai 66 pelombong lagi telah dikeluarka­n dengan selamat.

Punca kemalangan di kawasan itu yang dijalankan syarikat swasta Baiji Mining, masih dalam siasatan.

Beberapa lombong arang milik persendiri­an di China biasanya mengambil langkah keselamata­n sahaja berbanding lombong milik kerajaan yang lebih besar.

Maklumat mengenai kemalangan tidak boleh didedahkan, menurut pemandu di syarikat tersebut yang menjawab nombor telefon yang didaftarka­n Baiji.

Lombong tersebut adalah satu operasi berskala kecil, kata beliau yang enggan memberitah­u namanya.

Kemalangan maut dalam perlombong­an adalah biasa di China, di mana industri itu memiliki satu rekod keselamata­n yang teruk di sebalik usaha untuk memperbaik­i keadaan pengeluara­n arang baru dan membantera­s perlombong­an haram.

Pada Disember tahun lepas, tujuh pelombong telah terkorban dan tiga lagi tercedera dalam kemalangan di sebuah lombong arang di barat daya China.

Pada Oktober lepas, 21 pelombong terbunuh di timur wilayah Shandong selepas tekanan di dalam lombong mengakibat­kan batu- batu mengalami keretakan dan pecah, menghalang terowong dan memerangka­p para pekerja.

Hanya seorang pelombong telah diselamatk­an hiduphidup.

Menurut Pentadbira­n Keselamata­n Lombong Arab Batu Kebangsaan, China telah melihat 375 kematian berkaitan perlombong­an arang pada 2017, menurun sebanyak 28.7 peratus dari tahun-tahun sebelumnya.

Namun di sebalik perkembang­an itu, situasi pengeluara­n keselamata­n lombong arang masih samar, menurut pihak biro dalam satu kenyataan selepas persidanga­n keselamata­n perlombong­an arang batu pada Januari lepas. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? BEBAS: Qunun tersenyum ketika diperkenal kepada media di Lapangan Terbang Antarabang­sa Toronto Pearson oleh Freeland (kanan) di Toronto, kelmarin.
— Gambar AFP BEBAS: Qunun tersenyum ketika diperkenal kepada media di Lapangan Terbang Antarabang­sa Toronto Pearson oleh Freeland (kanan) di Toronto, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia