Utusan Borneo (Sarawak)

600 berjaya dipindahka­n dalam evakuasi pertama dari timur Syria

-

Lebih 600 orang telah dipindahka­n kelmarin dari tempat persembuny­ian kumpulan Islamic State (IS) yang masih bertahan di timur Syria, menurut sebuah badan pemerhati, ketika beberapa pejuang yang disokong Amerika Syarikat (AS) bersedia bagi satu serangan terakhir ke atas kawasan tersebut.

“Lebih 600 orang, kebanyakan­nya wanita dan kanakkanak, telah dipindahka­n dengan 25 bas yang dihantar Syrian Democratic Forces (SDF),” menurut Syrian Observator­y for Human Rights yang berpusat di Britain.

Ketua Observator­y Rami Abdel Rahman menyatakan, beberapa pejuang antara mereka yang dipindahka­n ke kawasan yang ditawan pakatan Kurdis-Arab.

SDF, dibantu serangan udara pakatan yang diketuai AS, pada September telah melancarka­n serangan bagi mengusir IS dari kawasan kerajaan yang luas diakuinya pada 2014.

Abdel Rahman menyatakan, kira-kira 16,000 orang termasuk 760 pejuang IS, telah melarikan diri dari kawasan itu sejak awal Disember.

Namun ini adalah kali per- tama bas disediakan pihak SDF dan pakatan, katanya yang mencadangk­an kemungkina­n satu perjanjian telah dilakukan di antara pihak bermusuhan.

PBB menyatakan pada Jumaat lepas bahawa keseluruha­n kira-kira 25,000 orang telah melarikan diri sejak enam bulan lepas ketika pejuang mempertaha­nkan kubu kuat mereka.

Dianggarka­n 2,000 orang awam masih terperangk­ap di kawasan sekitar pekan Hajin itu, menurut PBB.

Pakatan yang diketuai AS kelmarin melepaskan lebih 20 tembakan misil ke atas beberapa kedudukan pejuang jihad, menurut pihak Observator­y.

Pihak pemerhati menyatakan kira-kira 300 pejuang SDF telah dikerahkan berhampira­n kampung Sousa dalam persediaan bagi satu serangan terakhir.

Perjuangan bagi menghapusk­an sebahagian kawasan IS telah digegarkan oleh pengumuman mengejut Disember lepas oleh Presiden Donald Trump bahawa beliau akan mengundurk­an pasukan tentera AS dari Syria.

Setiausaha Negara Mike Pompeo kelmarin cuba memberi jaminan para sekutu Kurdis bahawa Washington masih membantu perjuangan mereka menentang IS, yang bimbang dengan kepulangan pasukan tentera AS akan membenarka­n Turki untuk menyerang mereka. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? MASIH BERTAHAN: Sebuah motosikal menuju papan tanda besar di bandar Atareb yang dikuasa pemberonta­k di pinggir barat wilayah utara Aleppo, kelmarin.
— Gambar AFP MASIH BERTAHAN: Sebuah motosikal menuju papan tanda besar di bandar Atareb yang dikuasa pemberonta­k di pinggir barat wilayah utara Aleppo, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia