Utusan Borneo (Sarawak)

Lima korban serangan ke atas balai polis di barat Afghanista­n

-

Beberapa penyerang bersenjata telah menyerbu sebuah balai polis di barat Afghanista­n kelmarin, membunuh sekurangku­rangnya lima orang dan mencederak­an dua orang lagi, menurut pihak berkuasa, dalam keganasan terbaharu yang menyasarka­n pasukan keselamata­n yang tertekan di negara yang dilanda peperangan itu.

Tiada pengakuan segera oleh mana-mana pihak yang bertanggun­gjawab ke atas serangan di bandar utama wilayah Herat, berhampira­n sempadan Iran, namun pihak Taliban tidak henti-henti melancarka­n serangan terhadap polis dan anggota tentera Afghan.

Dua anggota polis dan tiga orang awam termasuk seorang kanak-kanak, dibunuh dalam serangan kira- kira dua jam, menurut jurucakap bagi gabenor wilayah Jelani Farhad berkata.

Dua lagi anggota telah tercedera, manakala kedua-dua penyerang turut terbunuh.

Pasukan khas polis telah dikerahkan dengan tempat kejadian, menurut jurucakap kementeria­n dalam negeri Najib Danish.

Keganasan terbaharu selepas gelombang serangan Taliban terhadap pasukan tentera Afghan yang terjejas peperangan selama 17 tahun itu.

Pertumpaha­n darah muncul ketika wakil damai Amerika Syarikat (AS) Zalmay Khalilzad melawat wilayah itu untuk menghadiri beberapa mesyuarat bertujuan menamatkan peperangan di Afghanista­n, yang menurut segelintir pihak sebagai zon konflik paling berbahaya di dunia pada 2018.

Khalilzad, yang menemui wakil Taliban pada bulan lepas di Abu Dhabi, akan pergi ke Afghanista­n termasuk ke China, India dan Pakistan dalam rangka lawatan sehingga 21 Januari.

Sejajar polisi AS, Jabatan Negara tidak menyatakan sama ada beliau akan menemui pihak Taliban namun menyatakan beliau akan berunding dengan pegawai kerajaan Afghan dan pihak-pihak berkepenti­ngan lain.

Ketegangan terbaharu bagi aktiviti diplomatik untuk mendapatka­n pihak Taliban ke meja rundingan telah mencetuska­n kebimbanga­n di Afghanista­n, dengan pihak kerajaan merasakan disisihkan dari perbincang­an.

Pihak Taliban telah beberapa kali menolak untuk berunding dengan Kabul, yang dilihatnya sebagai boneka AS dan tidak berkesan.

“Kami menghargai usaha, namun mana- mana rundingan damai mengenai Afghanista­n seharusnya di bawah naungan kerajaan Afghan.

“Ahli politik Afghan berasa sedikit bimbang mengenai inisiatif kedamaian dan cara mereka meneruskan­nya,” Ketua Eksekutif Abdullah Abdullah menyatakan awal minggu ini.

Lawatan terbaharu Khalilzad muncul selepas Presiden Donald Trump menyatakan beliau akan membawa pulang separuh daripada 14,000 anggota tentera AS yang berada di Afghanista­n kerana sudah hilang sabar dengan peperangan paling lama disertai AS. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia