Utusan Borneo (Sarawak)

Polis Australia batal operasi mencari pelancong Jerman

-

Pencarian udara berterusan bagi seorang pelancong Jerman yang hilang di pedalaman luas Australia selama hampir dua minggu telah dihentikan, menurut pihak polis.

Monika Billen, 62, dilaporkan hilang pada minggu lepas selepas meninggalk­an pisat peranginan di Alice Springs, pekan terpencil berhampira­n pusat geografik Australia.

Mangsa dipercayai menumpang kenderaan dan berjalan kaki menuju ke Emily Gap, kawasan taman semula jadi terpencil dikenali dengan cerun dan gaung berbatunya.

Pihak polis telah melancarka­n pencarian di darat dan udara untuk Billen, termasuk menggunaka­n dron.

Mereka percaya seorang pemandu mungkin telah melihat mangsa kelihatan seperti kekurangan air dan tidak terurus seawal 2 Januari lalu.

“Di sebalik usaha kami tiada bukti lanjut telah ditemui bagi menunjukka­n Monika masih berada di luar sana,” Pesuruhjay­a Polis Northern Territory Pauline Vicary menyatakan kelmarin.

“Begitu juga tidak terdapat mana-mana bukti yang menunjukka­n perbuatan khianat.

“Penglihata­n fizikal terakhir adalah di Emily Gap dan kawasan sekitarnya yang telah digeledah dengan sangat teliti<” kata beliau lanjut.

Suhu telah meningkat d atas 40 darjah Celsius ketika musim panas hemisfera selatan di wilayah tengah gurun.

Pihak polis menyatakan Billen hanya memakai ska kashmir kuning untuk melindungi dirinya daripada pancaran sinaran matahari yang kuat.

Vicary menggesa manamana saksi agar tampil ke depan dan melaporkan segera jika terserempa­k atau terlihat Billen. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? DAHSYAT: Keadaan di tempat kejadian menunjukka­n puing dan kereta remuk susulan letupan di sebuah bangunan menempatka­n bakeri dan restoran di penjuru simpang Saint-Cecile dan Rue de Trevise di tengah Paris, kelmarin.
— Gambar AFP DAHSYAT: Keadaan di tempat kejadian menunjukka­n puing dan kereta remuk susulan letupan di sebuah bangunan menempatka­n bakeri dan restoran di penjuru simpang Saint-Cecile dan Rue de Trevise di tengah Paris, kelmarin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia