Utusan Borneo (Sarawak)

Israel dan Gaza berbalas serangan roket lagi

-

Pejuang Palestin di Semenanjun­g Gaza melepaskan tembakan roket ke kawasan yang dijajah rejim Israel lewat kelmarin, menurut rejim yang mendakwa kemudian bertindak melancarka­n serangan balas ke atas wilayah tersebut yang dikuasai Hamas ketika ketegangan memuncak selepas sehari lagi pertempura­n ganas di sempadan.

“Sebelum itu malam tadi, sebutir roket telah dilancarka­n dari Gaza ke arah wilayah Israel.

“Sebagai respons, jet pejuang IDF telah menyasarka­n dua struktur bawah tanah Hamas di Semenanjun­g Gaza,” menurut Pasukan Pertahanan Israel dalam Twitter.

“Kami akan terus beroperasi bagi mempertaha­nkan orang awam Israel,” tambahnya.

Dua sasaran di Kota Gaza diserang Israel dan tiada sesiapa yang tercedera, menurut pasukan keselamata­n di Gaza.

Pertempura­n berlaku sehari selepas seorang wanita Gaza ditembak mati anggota tentera Israel semasa menyertai bantahan mingguan dan pertempura­n di sepanjang sempadan Gaza.

Kementeria­n kesihatan menamakan mangsa sebagai Amal al-Taramsi, 43, menyatakan beliau adalah wanita ketiga yang terkorban sepanjang pertempura­n beberapa bulan yang telah melihat sekurangku­rangnya 241 rakyat Palestin maut.

Seramai 25 rakyat Palestin tercedera di sepanjang sempadan Israel dalam keganasan pada Jumaat lepas.

Pihak tentera Israel menyatakan bahawa kira-kira 13,000 rakyat Palestin telah berkumpul di beberapa kawasan di sepanjang sempadan.

“Perusuh membakar tayar dan melontar batu, bahan letupan dan bom tangan ke arah pasukan tentera Israel dan ke arah pagar keselamata­n Semenanjun­g Gaza,” menurut satu kenyataan tentera.

Pihak tentera turut menyerang dua kedudukan yang dimiliki Hamas di Gaza pada Jumaat lepas, jelasnya.

Sekurang-kurangnya sekali seminggu sejak Mac, pihak Palestin mengambil bahagian dalam bantahan yang selalunya ganas dengan sokongan daripada Hamas.

Kebanyakan rakyat Palestin mati ditembak dalam pertempura­n mingguan, namun yang lain-lain lagi terkena bedilan kereta kebal atau serangan udara.

Bantahan menjadi tenang sejak beberapa bulan lepas d sebalik perjanjian tidak rasm antara rejim dan Hamas.

Di bawah perjanjian itu Israel membenarka­n Qatar untuk memberikan wang dan minyak kepada kerajaan Hamas di Gaza.

Satu penghantar­an yang dijangkaka­n bagi dana baharu daripada Qatar tidak tiba minggu ini, mencetuska­n spekulasi rejimIsrae­l telah menahannya.

Pada Isnin lepas, sebutir roket telah ditembak dar Gaza mengenai Tel Aviv yang kemudian melancarka­n siri serangan udara terhadap Hamas di enklaf Palestin — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? RATAPAN PILU: Anak dan ahli keluarga Taramsi menangis semasa majlis pengebumia­nnya di Kota Gaza, kelmarin.
— Gambar AFP RATAPAN PILU: Anak dan ahli keluarga Taramsi menangis semasa majlis pengebumia­nnya di Kota Gaza, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia