Utusan Borneo (Sarawak)

Nahas lori minyak di Nigeria, lapan maut

-

Sekurang-kurangnya lapan orang maut di Nigeria apabila sebuah lori tangki minyak terbabas dari jalan raya, terbakar dan meletup ketika orang ramai cuba mendapatka­n bahan bakar, kata badan kecemasan kelmarin.

Kenderaan itu terbabas dalam kawasan Odukpani di negeri tenggara Cross River, hanya ke utara ibu negeri, Calabar, pada kira-kira jam 5 petang waktu tempatan Jumaat lepas.

Penduduk tempatan bergegas untuk mengumpul bahan bakar yang bocor sebelum ia terbakar, yang menyebabka­n letupan lori tangki tersebut.

Komander sektor Kor Keselamata­n Jalan Raya Persekutua­n Cross River Chidiebere Benjamin Nkwonta berkata: “Kami menjumpai mayat rentung ketika kami tiba di tempat kejadian.

“Seramai 15 lagi melecur dengan teruk dan dalam situasi yang mengancam nyawa. Mereka dibawa ke hospital sebelum kami sampai di sana.

“Saya juga dimaklumka­n bahawa daripada 15 orang itu, ada di antara mereka yang meninggal dunia kemudian tetapi saya tidak ada angka sebenar bagi jumlah yang meninggal dunia.”

Bagaimanap­un Nkwonta menolak laporan tempatan bahawa seramai 60 orang maut sebagai digembarge­mburkan.

Jurucakap polis negeri Cross River Irene Ugbo berkata sebelum itu bahawa beliau tidak dapat mengesahka­n bilangan kematian sebenar tetapi menambah: “Kematian adalah tinggi.”

Letupan itu mungkin telah dicetuskan oleh percikan api daripada kontena besi yang terketuk sesama sendiri ketika orang ramai menceduk minyak, ujarnya.

Seorang penduduk tempatan Akpan Imon berkata, sekurang- kurangnya 18 orang maut.

“Saya mengira 18 mayat termasuk wanita dan kanakkanak yang rentung sehingga tidak dapat dicam,” katanya.

“Saya percaya jumlah kematian mungkin banyak lagi kerana orang dari masyarakat sekitar lain telah berpusu- pusu ke tempat kejadian.”

Seorang lagi penduduk tempatan Sunday Ibor ber- kata, lebih 20 mayat dibawa ke sekretaria­t kerajaan tempatan.

Letupan lori tangki dan saluran paip minyak biasa berlaku di Nigeria, di mana walaupun industri minyak dan gas bernilai berbilion dolar di negara itu, kebanyakan orang hidup dalam kemiskinan.

Kebakaran dan letupan sering berlaku apabila orang cuba menyalurka­n minyak dari saluran paip selain menyusuli kemalangan melibatkan lori tangki minyak di jalan raya yang tidak diselengga­ra dengan baik

Pada Julai 2012, sekurangku­rangnya 104 orang maut dan kira-kira 50 lagi cedera apabila mereka cuba mengumpul bahan bakar dari sebuah lori tangki minyak selepas satu kemalangan di negeri selatan Rivers.

Kebanyakan mangsa maut dalam kebakaran yang berlaku seterusnya.

Pada Jun tahun lepas, sekurang-kurangnya sembilan orang maut di ibu kota komersil Nigeria, Lagos, apabila sebuah lori tangki minyak terbabas dan mencetuska­n kebakaran hutan yang memusnahka­n lebih 50 kenderaan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia