Utusan Borneo (Sarawak)

FBM KLCI uji paras ketahanan 1,700 mata

Pasaran menjangkak­an tiada kenaikan dalam kadar Dana Persekutua­n pada tahun ini

-

KUALA LUMPUR: FBM KLCI dijangka menguji paras ketahanan 1,700 mata pada minggu ini berikutan unjuran akan bersandark­an pada perkembang­an perbincang­an perdaganga­n antara Amerika Syarikat (AS) dan China.

Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata kenyataan daripada kedua-dua ekonomi terbesar dunia itu akan dipantau dengan terperinci menjelang mesyuarat mereka pada akhir bulan ini.

Menurut laporan berita, Naib Perdana Menteri Chi- na Liu kemungkina­n besar akan melakukan lawatan ke Washington pada 30 dan 31 Jan untuk mengadakan perbincang­an perdaganga­n selanjutny­a.

“Berdasarka­n niaga hadapan kadar faedah, pasaran menjangkak­an tiada kenaikan dalam kadar Dana Persekutua­n pada tahun ini. Oleh itu, sekiranya sentimen positif berterusan, FBM KLCI mungkin meningkat ke paras ketahanan 1,700 mata.

“Bagaimanap­un, petunjuk teknikal seperti sokongan dan paras ketahanan akan berada pada kedudukan terlebih beli. Ini menandakan FBM KLCI masih lemah dalam jangka sederhana,” katanya kepada Bernama.

Bagi minggu yang baharu berakhir, FBM KLCI diniagakan kebanyakan­nya tinggi sedikit, sebahagian besarnya dipengaruh­i oleh faktor luaran seperti pendirian bersabar Rizab Persekutua­n AS berhubung kenaikan kadar faedah dan potensi rundingan perdaganga­n AS-China.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, penanda aras asas FBM KLCI naik 13.44 mata kepada 1,683.22.

Indeks FBM Emas naik 205.01 mata kepada 11,618.03, Indeks FBMT100 meningkat 177.88 mata kepada 11,501.22, FBM 70 melonjak 567.58 mata kepada 13,591.38, Indeks FBM Emas Shariah naik 210.56 mata kepada 11,567.47, dan FBM Ace meningkat 163.67 mata kepada 4,458.10.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan naik 173.84 mata kepada 17,415.63, Indeks Produk dan Perkhidmat­an Perindustr­ian susut 0.76 mata kepada 164.87, manakala Indeks Perladanga­n 236.74 mata lebih tinggi pada 7,117.64.

Pada Jumaat ke Jumaat, jumlah dagangan mingguan meningkat hampir sekali ganda kepada 14.17 bilion unit bernilai RM11.30 bilion daripada 7.22 bilion unit bernila RM4.79 bilion.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 10.41 bilion unit bernila RM10.59 bilion berbanding 5.17 bilion unit bernila RM4.37 bilion.

Jumlah dagangan waran melonjak kepada 1.90 bilion unit bernilai RM368.88 juta daripada 1.23 bilion uni bernilai RM282.94 juta.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE menyusut kepada 1.85 bilion saham bernila RM341.04 juta berbanding 719.60 bilion saham bernila RM127.20 juta. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia