Utusan Borneo (Sarawak)

PTKL mungkin didagangka­n tinggi minggu ini, kata peniaga

-

Pasaran Timah Kuala Lumpur (PTKL) berkemungk­inan dalam aliran meningkat minggu ini, selari dengan harga tembaga yang tinggi dan kelemahan dolar AS.

Seorang peniaga berkata, pasaran timah dipengaruh­i besar oleh pasaran tembaga, yang seterusnya, mendapat manfaat daripada dolar AS yang susut.

“Harga tembaga di London meningkat memandangk­an dolar yang lemah, yang mana ini akan menyebabka­n logam lebih murah bagi mereka yang memegang mata wang lain.

“Tembaga dalam usaha mencatatka­n keuntungan 0.4 peratus di London dalam dagangan penuh minggu pertama 2019,” katanya kepada Bernama.

Tambahan lagi katanya, harga minyak global, yang mana mencapai purata lebih AS$60 setong juga membantu meningkatk­an sentimen belian untuk komoditi lain.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, harga PTKL melonjak AS$580 kepada AS$20,180 setan, manakala jumlah dagangan mingguan meningkat kepada 153 tan daripada 100 tan minggu sebelumnya.

Sepanjang minggu, permintaan belian datang dari China, Korea Selatan, Jepun, Taiwan, Jerman, Amerika Syarikat, United Kingdom, Bangladesh dan Pakistan, selain penjual tempatan.

Premium antara PTKL dan Bursa Logam London meningkat kepada AS$35 setan daripada AS$30 setan Jumaat sebelumnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia