Utusan Borneo (Sarawak)

Ringgit akan meneruskan momentum peningkata­n

-

Ringgit dijangka meneruskan momentum peningkata­n minggu ini berikutan minat belian yang kukuh susulan sentimen global yang positif, kata seorang peniaga.

Katanya, peningkata­n berterusan harga minyak di samping jangkaan Rizab Persekutua­n Amerika Syarikat (Fed) menunda pusingan pengetatan kadarnya pada 2019, akan memperbaik­i minat pelabur dan merangsang permintaan.

“Minit mesyuarat Jawatankua­sa Pasaran Terbuka Fed yang menurunkan kadar faedah juga mencetuska­n kelemahan pada dolar AS yang memberikan kelebihan kepada ringgit.

“Sentimen semasa ringgit adalah positif. Dengan dolar AS yang menyusut, selain keyakinan bahawa AS dan China akan menamatkan ketegangan perdaganga­n mereka, ringgit akan terus meningkat,” katanya kepada Bernama.

Katanya, ringgit berkemungk­inan akan meningkat antara 4.06 and 4.08.

Sementara itu, Ketua Perdaganga­n Asia Pasifik Oanda, Stephen Innes, menjangka ringgit didagangka­n pada tahap 4.09, disokong oleh pasaran bon yang akan diterbitka­n tidak lama lagi.

“Malaysia akan menerbitka­n bon Samurai tidak lama lagi (bon yang diterbitka­n dalam denominasi yen di Tokyo oleh entiti bukan Jepun) dan wang tambahan itu dialu-alukan bagi merangsang tabung kerajaan,” katanya kepada Bernama.

Sebelum ini, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, mengumumka­n bahawa kerajaan akan mengumumka­n bank yang berkenaan minggu in bagi menguruska­n jualan bon Samurai ¥200 bilion.

Asas Jumaat ke Jumaat ringgit mengukuh kepada 4.0940/ 0980 daripada 4.1340/1370 berbanding dolar AS.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0297/ 0338 daripada 3.0357/0395 dan meningkat berbanding pound British kepada 5.2203/2270 berbanding 5.2378/2432.

Berbanding yen Jepun ringgit meningkat kepada 3.7785/ 7832 daripada 3.8260/ 8298 tetapi susut berbanding euro kepada 4.7155/ 7217 daripada 4.7144/7199. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia