Utusan Borneo (Sarawak)

Kadar jangka pendek dijangka kekal kukuh

-

Kadar jangka pendek dijangka kekal kukuh minggu ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menyerap lebihan kecairan dalam pasaran tunai.

Bagi minggu yang baharu berakhir, kadar rujukan Islam semalaman kekal pada paras minggu sebelumnya iaitu 3.19 peratus menakala kadar satu, dua dan tiga minggu kekal masing- masing pada 3.26 peratus, 3.30 peratus dan 3.35 peratus.

Sementara itu, asas tiga bulan KLIBOR kekal pada 3.69 peratus.

Sepanjang minggu lepas, bank pusat menjalanka­n operasi pada asas harian bagi menyerap lebihan dana daripada sistem kewangan dengan melaksanak­an tender, termasuk tender pasaran wang konvension­al, tender Qard, lelongan matang pelbagai, Bil Antara Bank Bank Negara, Program Komoditi Murabahah, lelongan matang pelbagai Islam dan tender repo berbalik.

Asas Jumaat ke Jumaat, jumlah lebihan kecairan dalam sistem konvension­al untuk minggu lepas meningkat kepada RM21.28 bilion daripada RM15.19 bilion, sementara dalam sistem Islam ia susut kepada RM14.55 bilion daripada RM19.30 bilion. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia