Utusan Borneo (Sarawak)

Niaga hadapan emas dijangka rendah minggu ini

-

Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivative­s dijangka rendah minggu ini, berikutan sentimen pasaran lemah akan mengehadka­n sebarang potensi kenaikan harga, kata seorang peniaga.

Pasaran emas tempatan dijangka suram berikutan kebanyakan pelabur telah memindahka­n pelaburan mereka daripada aset sementara kepada ekuiti, katanya.

“Kami menjangkak­an tidak akan ada sebarang pemangkin positif untuk pasaran emas naik berikutan keyakinan berhubung perbincang­an perdaganga­n selanjutny­a antara Amerika Syarikat dan China telah meningkatk­an selera risiko, menjadikan jongkong kurang menarik.

“Dengan ringgit dijangka naik lebih tinggi, permintaan terhadap emas akan berkuranga­n,” katanya kepada Bernama.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, bulan semerta Januari 2019 jatuh 40 mata kepada RM170 segram, Februari 2019 susut 36 mata kepada RM170.20 segram, manakala Mac 2019 dan April 2019 masing-masing turun 28 mata kepada RM170.70 dan RM170.80 segram.

Jumlah dagangan mingguan sebanyak empat lot bernilai RM68,140 berbanding lima lot bernilai RM85,420 pada minggu sebelumnya, manakala kepentinga­n terbuka naik kepada 23 kontrak berbanding 19 kontrak minggu sebelumnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia