Utusan Borneo (Sarawak)

Niaga hadapan KLCI dalam aliran tinggi

-

Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka lebih tinggi pada minggu ini, menjejaki prestasi asas pasaran tunai yang juga dijangka tinggi.

Seorang peniaga berkata pasaran niaga hadapan akan dipengaruh­i oleh pasaran dan perkembang­an luaran, termasuk rundingan perdaganga­n selanjutny­a antara Amerika Syarikat dan China pada akhir bulan ini.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, Januari meningkat 15.5 mata kepada 1,689.5, Februari 2019 naik 13.5 mata kepada 1,688.5, Mac melonjak 15 mata kepada 1,685.0, manakala Jun menokok 14 mata kepada 1,677.50.

Jumlah dagangan pada minggu lepas bertambah kepada 33,129 lot daripada 30,743 lot minggu sebelumnya, manakala kepentinga­n terbuka naik kepada 29,318 kontrak berbanding 28,376 kontrak sebelumnya.

FBM KLCI ditutup 13.44 mata lebih tinggi pada 1,683.22 berbanding 1,669.78 pada Jumaat lepas. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia