Utusan Borneo (Sarawak)

Aura Karisma sasar 20 ahli ranking Pengarah tahun ini

-

Aura Karisma T u p p e r w a r e M i r i menyasarka­n seramai 20 ahli mencapai ranking Pengarah (Director) pada tahun ini.

Pengarah Eksekutif Bersekutun­ya, Salmah Ismail berkata sekarang mereka memiliki 25 Pengarah dari Miri, Kuching, Limbang dan negara jiran Brunei Darussalam.

“Untuk menjadi Pengarah, pertama sekali mereka perlu menjadi ahli dan perunding produk. Dari situ ranking mereka boleh naik sebagai Pengarah (Director in Qualificat­ion) sebelum dinaikkan sebagai Pengarah 1 Bintang, Tiga Bintang, Lima Bintang dan seterusnya, Eksekutif,” jelas beliau yang ditemui Utusan Borneo petang semalam.

Menurut Salmah, Aura Karisma pada November ini akan meraikan sambutan ulang tahun yang ke-20.

Beliau menasihatk­an ahli untuk kerap menjalani latihan, mengenali secara mendalam produk serta rajin merekrut ahli baharu.

“Berjaya bukan mudah. Perlu ada usaha. Buat sampai jadi. Jangan sesekali berputus asa. Jika semangat kita kuat, kita pasti berjaya,” tegasnya yang telah menceburi bidang jualan itu sejak 1999.

Mengulas tentang majlis, ia adalah penghargaa­n untuk ahli yang mencapai sasaran jualan dan rekrut ahli baharu pada bulan November dan Disember lalu.

Empat Pengarah terbaik untuk rekrut dan jualan ialah Mornie Lian, Jauyah Ismail, Juita Abai dan Diana Pengiran.

Enam ahli terbaik untuk jualan produk tempoh sama ialah Nancy Johny, Eugena Tay Ru Wen, Sherly Mujan Laing, Viana Pengiran Umie Pusong dan Erin Jalong.

Majlis turut meraikan har lahir Salmah yang ke-58 tahun dan ahli yang lahir pada bulan Januari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia