Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan sasar lahir 200,000 usahawan sepanjang penggal pertama pentadbira­n

-

Kira-kira 200,000 usahawan disasar untuk dilahirkan sepanjang penggal pertama pentadbira­n Kerajaan Pakatan Harapan.

Timbalan Menteri Pembanguna­n Usahawan Datuk Dr Mohd Hatta Md Ramli berkata usaha itu akan digembleng bersama kementeria­n dan agensi berkaitan dengan Kementeria­n Pembanguna­n Usahawan menjadi peneraju kepada usaha berkenaan.

“Kita akan memberi fokus kepada golongan B40 terutama golongan pemuda dan pemudi yang tidak dapat menyambung pengajian ke universiti mahupun lepasan universiti yang masih tidak memperoleh pekerjaan selepas menamatkan pengajian.

Secara puratanya kita mampu melahirkan kirakira 50,000 usahawan setahun dengan setiap Parlimen mampu mencipta kira-kira 200 usahawan baharu,” katanya kepada pemberita pada Majlis Ulang Tahun Keempat Anugerah Tokoh- Tokoh Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam Kebangsaan di sini, kelmarin.

Pada majlis berkenaan yang turut dihadiri, Presiden Pertubuhan Ayahanda Anakanda Kebangsaan (PAAK) Datuk Suzainal Adnan Sukri, 300 tokoh daripada 22 pertubuhan menerima anugerah berkenaan.

Mengulas lanjut, Dr Hatta berkata pihaknya akan meneroka bidang- bidang baharu terutama dalam sektor makanan dan minuman serta ukiran bagi membantu usahawan untuk memperkuku­hkan kedudukan mereka dalam bidang perniagaan.

“Bagi mereka yang telah mempunyai platform yang kukuh, kita akan memberi tambah nilai terhadap produk yang dihasilkan mereka agar mampu menembusi pasaran luar.

Walaupun peruntukan kepada Kementeria­n Pembanguna­n Usahawan amat sedikit untuk merealisas­ikan hasrat ini namun kita yakin ia mampu dicapai dengan tadbir urus kewangan yang baik,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia