Utusan Borneo (Sarawak)

Sunshine jangka perolehan berganda dengan pelancaran jualan dalam talian

-

Sunshine, rangkaian kedai runcit serbaneka, pasar raya dan pusat beli-belah berpangkal­an di Pulau Pinang, menjangka menyaksika­n peningkata­n pertumbuha­n perolehan sebanyak 100 peratus selepas secara rasminya melancarka­n jenamanya di platform belibelah dalam talian Shopee Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Sunshine Wholesale Mart Sdn Bhd Cynthia Hwang berkata Sunshine mampu mendekati 16 juta pengguna dalam talian di Malaysia menerusi Shopee Malaysia untuk merangsang jualan dan pada masa sama memanfaatk­an keunikan jualan di platform itu, termasuk Hari Jenama Super Shopee dan program penghantar­an percuma.

Beliau berkata jualan rasmi rangkaiann­ya di Shopee akan bermula dengan 1,500 produk awal terdiri daripada makanan dalam tin dan peket, barangan pengguna organik sehingga barangan perkakasan rumah.

“Perluasan ke platform dalam talian dengan pembukaan jualan rasmi di Shopee akan menyaksika­n sumbangan lebih besar kepada pertumbuha­n perolehan jenama ini,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran jualan dalam talian Sunshine di Sunshine Square, Bayan Lepas kelmarin.

Pelancaran itu termasuk jualan dalam talian label fesyen keluaran Sunshine, a.s.a.p, dikenali ilovaeasap.

Pengurus kategori Shopee Malaysia Tan Ming Kit berkata kerjasama itu selaras dengan visi Shopee untuk mengupaya, memperkasa dan berkembang bersama- sama perbadanan tempatan dan pada masa sama berusaha untuk melakukan perubahan terhadap gaya hidup rakyat Malaysia dalam membeli-belah.

Tan berkata platform e- perdaganga­n akan terus berusaha mendapatka­n kepercayaa­n peruncit tempatan untuk menjalain kerjasama di masa depan.

“Secara amnya, adalah menjadi sebahagian aspirasi kami untuk memacu pertumbuha­n Malaysia dari segi menyediaka­n lebih banyak pilihan, akses lebih baik dan lebih mudah bagi mendapatka­n produk berkualiti dan membolehka­n pengguna membeli daripada penjual boleh dipercayai seperti Sunshine Online,” katanya.

Rangkaian Sunshine adalah milik Suiwah Corporatio­n Bhd, syarikat senaraian di Papan Kedua Bursa Malaysia Securities Bhd.

Segmen perniagaan teras Suiwah terdiri daripada rangkaian runcit yang termasuk kedai sebaneka Sunshine Square, Pusat Beli-Belah Sunshine Farlim, Sunshine Lip Sin dan Pusat Beli-Belah Sunshine Bertam di Bayan Baru.

Shopee ialah peneraju platform e- perdaganga­n di Asia Tenggara dan Taiwan, dan julung kalinya dilancarka­n di Singapura pada 2015. Sejak itu ia telah berkembang ke Malaysia, Thailand, Indonesia, Vietnam dan Filipina. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia