Utusan Borneo (Sarawak)

TNB perkenal arang batu campuran di stesen jana kuasa di Lumut, Perak

-

Tenaga Nasional Berhad (TNB) memperkena­lkan arang batu campuran di stesen jana kuasanya di Lumut, Perak, sebagai sebahagian usaha berterusan untuk memastikan bekalan arang batu mampan bagi penjanaan elektrik.

Pengenalan arang batu campuran di Stesen Janakuasa Sultan Azlan Shah, yang menjana 20 peratus sumber elektrik bagi Semenanjun­g Malaysia, akan membantu mengukuhka­n kelestaria­n pembekalan arang batu di masa depan, kata syarikat itu dalam kenyataan hari ini.

Ia juga selaras dengan trend semasa dalam kalangan sek- tor utiliti yang menggunaka­n arang batu campuran untuk memastikan bekalan bahan bakar itu dapat memenuh keperluan penjanaan tenaga elektrik, kata TNB.

Stesen Janakuasa Sultan Azlan Shah, dengan kapasit pengeluara­n 4,100 megawatt (MW), menggunaka­n 15 juta tan arang batu sub-bituminous setahun.

Stesen jana kuasa itu menerima penghantar­an pertama arang batu campuran itu pada 31 Dis, 2018, di Lekir Bulk Terminal (LBT) yang berhampira­n, milik Integrax Berhad, anak syarikat milik penuh TNB. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia